Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Fathia Tanggung Kos Bedah...

PERMULAAN tahun baharu bagi selebriti Fathia Latiff dimulai dengan perkhabaran positif berbanding tahun...

Nyaris Maut Jarum Mengait...

SEORANG kanak-kanak berusia lima tahun di China nyaris maut apabila tercucuk jarum mengait...

Pekerja Buruh Ladang Ternakan...

SUNGAI PETANI - Mayat seorang pekerja buruh ladang ternakan ayam ditemui mati dengan...

Jangan Terlalu Ghairah Meneka...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah...

2 Nelayan Ditahan Bersama Syabu RM660,000

KEPALA BATAS: Polis menahan dua nelayan bersama hampir 21 kilogram (kg) dadah jenis syabu bernilai lebih setengah juta dalam serbuan berhampiran jeti Kuala Bekah, di sini Sabtu lalu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, dalam serbuan kira-kira jam 7 petang itu, dua nelayan berusia 42 dan 50 tahun dikatakan berperanan sebagai penghantar dadah dan baru mengambil bekalan di Penaga sebelum dibawa ke jeti berkenaan untuk dihantar ke Indonesia.

“Berdasarkan risikan, syabu bernilai RM660,000 itu dibawa dari Kuala Lumpur untuk dihantar ke Indonesia melalui bot di Pengkalan Bekah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini hari ini.

Mohd Asri berkata, suspek dipercayai memperoleh bayaran lumayan kira-kira RM4,000 bagi setiap kilogram syabu yang dibawa.

“Kegiatan terbabit mula dilakukan mereka pada awal tahun ini dan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas dua suspek mendapati positif dadah, selain suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama enam hari hingga Jumaat ini bagi siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

BHonline-

Kategori

Leave a Reply