Monday, June 17, 2024

Creating liberating content

BNM Lantik Anggota Majlis...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan ahli Majlis...

Tunggakan Gaji Bukan Penyebab...

KOTA BHARU - Tunggakan gaji bukan penyebab kekalahan Kelantan kepada Kedah dalam saingan...

Geran Kembali Berkerjaya Galakkan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini melancarkan Geran...

Penjawat Awam Didakwa Kemuka...

SEREMBAN - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

12 Individu Ditahan Terlibat Judi ‘Online’ Sasar Warga Bangladesh

PETALING JAYA : Seramai 12 lelaki dipercayai terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian ditahan dalam serbuan berasingan di sekitar di Lembah Klang, dekat sini Jumaat lalu.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua ditahan melibatkan enam lelaki warga tempatan dan enam lelaki warga asing berusia 19 tahun hingga 37 tahun.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati adanya unsur mempromosikan perjudian dalam talian dengan menggunakan laman sesawang.

“Kesemua suspek berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan, sindiket itu menyasarkan mangsa dari Bangladesh

“Turut dirampas empat buah komputer, lima komputer riba pelbagai jenama, 19 telefon bimbit, sebuah iPad, tiga keping pasport, dua modem router dan satu kad akses beserta kunci rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kesemua suspek akan ditahan reman untuk siasatan lanjut” ujarnya.

Beliau turut meminta orang ramai melaporkan pada pihak berkuasa jika terdapat sebarang jenayah atau aktiviti yang mencurigakan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau balai polis berhampiran.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori