• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Tanda Retak Pada Bangunan Sebelum Tiba-Tiba Runtuh

oleh Mohd Arshad
16/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiada Tanda Retak Pada Bangunan Sebelum Tiba-Tiba Runtuh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Bangunan komersial empat tingkat di Jalan Kuchai Lama di sini runtuh malam tadi tiada sebarang tanda-tanda retak.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Pemilik syarikat Malinta Corporation Sdn Bhd, K. Veethasalam ketika ditemui berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang tanda atau keretakan pada bangunan berusia 20 tahun itu ketika bekerja semalam.

“Ketika kejadian, saya tiada di lokasi namun mendapat makluman daripada pihak pengurusan bangunan mengenai runtuhan.

“Kita juga bekerja seperti biasa pada pagi semalam dan tidak ada apa-apa tanda keretakan pada bangunan yang boleh kita nampak. Semua berlaku secara tiba-tiba ketika cuaca juga baik,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, seluruh blok ditutup dan dihentikan operasi termasuk syarikatnya sementara waktu.

“Pejabat saya berada di tingkat empat yang mana pihak polis juga menyatakan keadaan di bahagian tingkat itu tidak selamat,” jelasnya.

Veethasalam yang mempunyai 10 unit di bangunan komersial terbabit berkata, beliau dan pihak pengurusan bangunan akan mengadakan perbincangan bagi melantik pakar perunding bangunan untuk menyelesaikan permasalahan tersebut dengan segera.

PAKAR

“Kita kena dapatkan satu agensi pakar perunding bangunan yang akan beri keputusan muktamad tentang keselamatan bangunan tersebut.

“Saya juga berharap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan buat sementara waktu, orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar masuk di kawasan sekitar kerana dikhuatiri sisa bangunan akan runtuh,” tambahnya.

Pada masa sama, pejabat DAP Seputeh antara yang diarahkan untuk berhenti beroperasi dalam bangunan terbabit.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika ditemui bersyukur dan lega kerana insiden terbabit tidak melibatkan kemalangan jiwa.

“Saya berada di pejabat saya semalam dan mujur kejadian tidak berlaku pada siang hari.

“Kalau ia berlaku pada waktu siang, mungkin ramai yang akan tercedera atau mungkin saya dan lebih ramai lagi yang akan terperangkap di dalam bangunan.

“Buat masa ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut manakala pejabat serta semua unit ditutup sementara,” katanya.

Terdahulu dilaporkan akibat kejadian itu, sekurang-kurangnya 10 kenderaan rosak teruk apabila struktur rasuk pada bumbung bangunan itu runtuh.

Kejadian berlaku pukul 10.40 malam membabitkan Blok A, Bangunan Sri Desa Kuchai di Kuchai Entreprenuers Park,.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pemeriksaan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

“Sebaik dimaklumkan orang awam mengenai kejadian ini, pihak polis mengambil langkah mengepung dan menutup keseluruhan kawasan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

-Utusan Online

Tags: bangunan runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rosmah Mohon Dapatkan Pasport Untuk Ke Singapura

Next Post

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

Related Posts

Bangunan Runtuh Di Cameroon: 37 Orang Maut

Bangunan Runtuh Di Cameroon: 37 Orang Maut

25/07/2023
0

YAOUNDE : Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 21 lagi cedera selepas sebuah bangunan pangsapuri empat tingkat runtuh di kawasan hab...

19 Maut Bangunan Runtuh Di Mumbai

19 Maut Bangunan Runtuh Di Mumbai

29/06/2022
0

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh apabila hujan lebat mengakibatkan sebuah bangunan empat tingkat runtuh di bandar Mumbai, kata...

Next Post
Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd