Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

85 Peratus Premis Perniagaan...

KUANTAN: Kira-kira 85 peratus premis perniagaan di sekitar bandaraya Kuantan didapati belum mengibarkan...

45 Peratus Kontrak Projek...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 45 peratus daripada jumlah kontrak Projek...

Laporan Isu Fitnah Rafizi,...

Kuala Lumpur : Laporan polis berhubung isu fitnah membabitkan Timbalan Presiden Parti Keadilan...

Bapa Rayu Anak Pulang...

MELAKA - Seorang datuk yang menjaga dua cucunya yang masih kecil bersendirian, merayu...

Bangunan Runtuh Di Cameroon: 37 Orang Maut

YAOUNDE : Sekurang-kurangnya 37 orang maut dan 21 lagi cedera selepas sebuah bangunan pangsapuri empat tingkat runtuh di kawasan hab perniagaan Douala di Cameroon.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pangsapuri empat tingkat itu, runtuh dengan menimpa sebuah bangunan kediaman lain di utara bandar berkenaan pada Sabtu lalu.

Ia disifatkan sebagai antara tragedi paling buruk dalam sejarah negara itu.

Menurut pihak berkuasa, seramai 21 orang cedera dengan lima daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Malah, pegawai memberi amaran jumlah kematian dan kecederaan dijangka meningkat ketika pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan.


Menteri Pembangunan Bandar, Celestine Ketcha-Courtes yang melawat lokasi kejadian memaklumkan pembinaan bangunan itu tidak mendapat kebenaran.

Sementara itu, pihak pengurusan Hospital Laquintinie di Douala mengesahkan seramai 13 mangsa menerima rawatan di hospital berkenaan.

Dua daripada mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dan wanita berusia 19 tahun dilaporkan meninggal dunia.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori