• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Cuba Pecah Rumah Meninggal, 4 Lelaki Termasuk Pemilik Rumah Direman

oleh Mohd Arshad
26/08/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
1
Suspek Cuba Pecah Rumah Meninggal, 4 Lelaki Termasuk Pemilik Rumah Direman
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Empat lelaki termasuk pemilik sebuah rumah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini susulan kematian seorang suspek yang cuba mengumpil tingkap sebuah rumah di Kampung Belukar, Tapang pada 20 Ogos lalu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata empat lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an itu ditahan reman hingga 1 September ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Pada hari kejadian, suspek berusia 30-an cuba mengumpil tingkap sebuah rumah jam 3 pagi.

“Polis menerima laporan daripada pemilik rumah jam 6.05 pagi hari yang sama, berkenaan kes pencerobohan oleh suspek.

“Mangsa memaklumkan, suspek cuba mengumpil tingkap rumahnya sebelum dia menghampiri, namun suspek melarikan diri. Bagaimanapun, suspek ditangkap mangsa dengan bantuan penduduk kampung.

“Semasa tangkapan, suspek menggunakan sebilah pisau bertindak agresif dan berlaku pergelutan antara suspek dengan mangsa serta penduduk kampung. Namun, suspek dapat ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Suspek yang juga penganggur cedera di muka serta kepala dan dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan.

Bagaimanapun, Mohd Rosdi berkata, jam 9.43 malam kelmarin, hospital mengesahkan suspek meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Susulan kematian suspek, polis menahan empat lelaki termasuk pemilik sebuah rumah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 KK.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian dan saksi diminta tampil membantu siasatan dengan hubungi talian 019-8336423 atau 09-7752200,” katanya.

-Berita Harian

Tags: pecah rumahremanSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

SPRM Reman Semula Pendakwah, Ketua Jabatan Kewangan Disyaki Seleweng Dana RM1.3 Juta

06/02/2026
0

ALOR SETAR: Seorang pendakwah bebas sekali lagi direman bersama seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pusat pendidikan dan...

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

33 Penyokong Selangor FC Direman Disyaki Ganggu Ketenteraman Awam

02/02/2026
0

KUALA TERENGGANU – Seramai 33 penyokong Selangor FC dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Isnin bagi proses permohonan reman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd