• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sepatutnya Awak Dihukum Penjara 22 Tahun, 21 Sebatan’

oleh AK-47
04/08/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
‘Sepatutnya Awak Dihukum Penjara 22 Tahun, 21 Sebatan’
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan seorang lelaki bekerja sendiri yang didapati bersalah atas satu kesalahan rogol dan dua kesalahan amang seksual terhadap anak perempuannya berusia 10 tahun, untuk menjalani hukuman penjara ke atas ketiga-tiga pertuduhan itu secara serentak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M. Gunalan dan Datuk Dr Choo Kah Sing membuat keputusan itu susulan rayuan lelaki berusia 45 tahun itu yang meminta mahkamah berkenaan menjelaskan sama ada hukuman penjara ke atasnya berjalan serentak atau berasingan.

Lelaki itu dikenakan hukuman 12 tahun penjara dan 12 sebatan atas kesalahan rogol manakala bagi dua kesalahan amang seksual, masing-masing 10 tahun penjara dan empat sebatan serta 10 tahun dan lima sebatan; selepas dia mengaku bersalah atas ketiga-ketiga pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen pada 20 Oktober tahun lalu.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen itu dan dia diperintahkan menjalani tempoh penjara bagi ketiga-tiga kesalahan itu secara serentak bermula 13 Oktober tahun lalu, iaitu tarikh tangkapan.

“Anda bertuah. Kesalahan yang anda lakukan sangat serius. Mahkamah Sesyen mahu menjatuhkan hukuman penjara 22 tahun dan 21 sebatan namun atas kesilapan teknikal, anda dihukum 12 tahun penjara dan 21 sebatan,” kata Hadhariah.

Beliau berkata memandangkan Timbalan Pendakwa Raya Aida Khairuleen Azli mengesahkan bahawa Mahkamah Sesyen sudah mengeluarkan arahan bahawa kesemua hukuman penjara itu bermula daripada tarikh tangkapan, pihak Mahkamah Rayuan perlu mengekalkannya.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen terbabit Norakhmar Mohd Sani menyatakan dalam keputusannya bahawa hukuman penjara untuk ketiga-tiga pertuduhan itu bermula daripada tarikh tangkapan.

Beliau juga menyatakan bahawa hukuman penjara untuk dua kesalahan amang seksual dijalankan serentak.

Bagaimanapun, pada 21 Oktober lalu, Norakhmar menulis surat kepada Mahkamah Tinggi memaklumkan bahawa beliau melakukan satu kesilapan dalam keputusannya dan memohon mahkamah itu melakukan semakan semula terhadap kes itu.

Dalam surat itu, beliau berkata beliau berniat untuk menjatuhkan hukuman 22 tahun penjara daripada tarikh tangkapan.

Beliau mahu hukuman penjara bagi kesalahan rogol berjalan secara berasingan daripada hukuman penjara bagi kesalahan amang seksual, bagaimanapun, tidak mengumumkan perkara itu dalam keputusannya.

Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Tinggi mengenepikan permohonan semakan semula itu, menyatakan tiada perlanggaran undang-undang pada hukuman penjara itu.

Ekoran itu, lelaki berkenaan, diwakili peguam Rozilan Abdul Rahman memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan memohon penjelasan sama ada hukuman penjara itu berjalan secara serentak atau berasingan.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu melakukan kesalahan tersebut terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun ketika itu, di sebuah rumah di Jerantut, Pahang pada Julai dan 9 Oktober tahun lalu.

Mahkamah Sesyen turut mengarahkan lelaki itu untuk menjalani kaunseling rehabilitasi selama dua tahun semasa dalam tahanan.

-Harian Metro

Tags: kes rogolmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd