• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual

oleh AK-47
16/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Dari 4 Pertuduhan Seksual
Share on FacebookShare on Twitter

Ampang : Usahawan kosmetik, Safiey Ilias dilepas tanpa dibebaskan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan seksual terhadap dua remaja lelaki, dua tahun lalu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Hakim Norhazani Hamzah memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan memaklumkan pihaknya memohon Safiey, 29, atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan itu.

“Kes dibatalkan. Tertuduh dilepas tanpa dibebaskan daripada semua pertuduhan itu dan wang jaminan dikembalikan,” katanya.

Terdahulu, Nurfadzlin berkata, permohonan itu dibuat atas alasan tertuduh akan didakwa semula di mahkamah Pahang dan Johor memandangkan mangsa yang juga saksi dalam kes itu masing-masing berada di dua negeri berkenaan.

“Sekiranya perbicaraan dijalankan di mahkamah ini, ia menyukarkan mangsa dalam kes itu untuk berulang-alik,” katanya.

Peguam Harjeet Singh Sidhu yang mewakili Safiey bagaimanapun memohon usahawan itu dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

Harjeet berkata, kes terhadap anak guamnya sudah tergantung agak lama dan dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen Putrajaya ke Ampang, tahun lalu.

“Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sesi penghujahan kedua-dua pihak berkaitan bantahan awal pihak pembelaan terhadap dua daripada empat pertuduhan yang disifatkan cacat dan mengandungi butiran tidak lengkap,” katanya.

Pada 24 Julai lalu, Harjeet mengemukakan bantahan awal secara lisan terhadap kedua-dua pertuduhan atas alasan pertuduhan itu cacat kerana tidak menyertakan butiran khusus yang menjadi asas pertuduhan yang dihadapinya.

Peguam itu menyatakan, dua daripada empat pertuduhan itu cacat kerana tidak menjelaskan butir-butir komunikasi seksual yang didakwa berlaku antara tertuduh dengan kedua-dua remaja berkenaan.

Safiey didakwa atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual melalui platform Instagram dengan dua remaja lelaki yang ketika itu berusia 14 tahun.

Usahawan kosmetik itu yang popular dengar lagu ‘Syinta Gila’ turut didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal iaitu menggoyang-goyangkan payudara di hadapan dua remaja sama bagi maksud seksual.

Safiey didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, jam 9 pagi pada 9 Jun 2021.

Sementara itu, Safiey ketika dihubungi, dia bersyukur selepas mahkamah membebaskannya daripada pertuduhan itu.

“Alhamdulillah, saya dilepaskan daripada empat pertuduhan berkenaan selepas hampir tiga tahun turun naik mahkamah.

“Saya hairan apabila pihak pendakwaan gagal mengemukakan apa yang sepatutnya menjadi hak pasukan peguam saya untuk meneliti video berkenaan,” katanya.

Katanya, dia sudah bersedia sekiranya akan dituduh di Temerloh, Pahang dan Johor.

“Saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, dan tetap akan melawan kes ini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Dilepas Tanpa BebasSafiey Ilias
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semakan Perintah Long Tiger Dilepas Tanpa Bebas Ditetapkan 1 Jun

25/05/2022
0

Muar : Mahkamah Tinggi Muar menetapkan 1 Jun ini sebagai tarikh bagi keputusan permohonan semakan kehakiman pihak pendakwaan terhadap perintah...

Syarikat Safiey Ilias Didenda RM23,000

21/09/2020
0

KUALA LUMPUR - Syarikat milik usahawan kosmetik, Safiey Ilias hari ini ini didenda RM23,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd