Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tun M Tidak Setuju...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersetuju...

AS Gesa Israel Dan...

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin...

“Sekatan Barat Punca Masalah...

SEKATAN ekonomi Barat ialah punca kesukaran yang dihadapi Sudan, kata presiden negara itu...

Kes Morais: Dr Kunaseegaran...

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan dan membebaskan Pakar Patologi Hospital...

Semakan Perintah Long Tiger Dilepas Tanpa Bebas Ditetapkan 1 Jun

Muar : Mahkamah Tinggi Muar menetapkan 1 Jun ini sebagai tarikh bagi keputusan permohonan semakan kehakiman pihak pendakwaan terhadap perintah pelepasan bukan pembebasan kes peras ugut membabitkan Long Tiger.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes berkenaan.

Prosiding tanpa kehadiran Long Tiger atas faktor keselamatan itu diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd Ghazali, Muhammad Qaiyyum Ramlan dan Nor Syamilah Jalaluddin.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid pula diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Azfar Azmi.

Pada 17 Mei lalu, Mahkamah Majistret Tangkak memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Long Tiger yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar melakukan perintah berkenaan selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan membuat hujahan lisan ekoran kematian mengejut saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman pada pertengahan perbicaraan.

Sementara itu pada 20 Januari lalu, Long Tiger dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak kerana melarikan diri daripada tahanan mahkamah itu jam 11.55 pagi pada 15 Disember 2021.


Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau keduanya sekali.

Lelaki berketurunan Rohingya itu juga kini berdepan perbicaraan bagi kes mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah dan ugutan bunuh.

Long Tiger juga masih berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 kanun sama kerana merogol di Mahkamah Muar.

Terdahulu di Mahkamah Majistret Tangkak pagi ini, Zaridah menolak permohonan peguam untuk turut melepaskan tanpa membebaskan Long Tiger bagi pertuduhan di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan.

Permohonan dilakukan pembelaan itu susulan kematian saksi pendakwaan utama yang sama seperti kes di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 23 Mac lalu di Tangkak.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori