Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Projek Solar: Rosmah Mengaku...

KUALA LUMPUR - Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak...

Asyraf Wajdi Puji Remaja...

RAUB - Tindakan berani seorang remaja lelaki membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri...

Rafizi Diperintah Bayar Ganti...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini diperintahkan membayar...

Pembaziran Makanan: Wujudkan Pendekatan...

KUCHING - Satu pendekatan baharu perlu segera diwujudkan bagi mengelak pembaziran makanan khususnya...

Polis Buru Suspek Intai Wanita Di Tandas Stesen Minyak

TAPAH : Polis sedang mengesan lelaki yang didakwa mengintai seorang wanita di tandas sebuah stesen minyak seperti dalam video yang tular sejak semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kejadian di sebuah stesen minyak di sini berlaku semalam, pada pukul 4.50 petang dan laporan polis dibuat pada hari yang sama.

“Laporan polis dibuat pengadu berusia 33 tahun yang mendakwa telah diintai seseorang melalui ruang atas tandas semasa sedang menggunakan tandas di stesen minyak berkenaan.

“Berdasarkan semakan kamera litar tertutup (CCTV), didapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan telah masuk ke dalam tandas wanita sebelum beredar menaiki kereta jenis Toyota Avanza,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan tersebut mendapati, kereta itu didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Pusing, Batu Gajah.


Katanya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek berdasarkan kepada nombor kenderaan yang digunakan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman CCTV berdurasi 41 saat, memaparkan seorang wanita masuk ke dalam tandas sebuah stesen minyak sebelum suspek dipercayai lelaki warga tempatan turut masuk ke dalam tandas sama.

-Utusan Online

Kategori

Leave a Reply