• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Akan Batalkan Pulau Silikon Jika Ambil Alih P Pinang – Dominic Lau

oleh Mohd Arshad
04/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PN Akan Batalkan Pulau Silikon Jika Ambil Alih P Pinang – Dominic Lau
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Cadangan tambakan laut bagi membina Pulau Silikon akan dibatalkan sekiranya Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi PN negeri, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata keputusan itu selari ketetapan gabungan berkenaan yang membantah projek tambakan laut bersama Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara).

Ini kerana, katanya, pembinaan projek mega terbabit bakal menjejaskan 6,000 nelayan di negeri itu, termasuk seramai 1,600 daripada lapan unit nelayan di kawasan berkenaan.

“Malah, pembatalan projek tambakan laut adalah antara manifesto saya. Justeru, kita akan segera membatalkannya jika PN diberi mandat menerajui Pulau Pinang. Kita tak akan benarkan walaupun satu pulau buatan dibina,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PN merangkap Presiden GERAKAN berkata demikian pada sidang media tuntutan PEN Mutiara kepada calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang di Unit Nelayan Sungai Batu, hari ini.

BH sebelum ini melaporkan projek Pulau Pinang Selatan (PSI) membabitkan tambakan laut berskala besar bagi membina tiga pulau buatan, dikecilkan kepada pembinaan sebuah pulau sahaja iaitu Pulau Silikon atau Pulau A, berkeluasan 920 hektar.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipetik berkata projek tambakan laut membabitkan Pulau B yang berkeluasan 560 hektar dan Pulau C seluas 320 hektar tidak diteruskan.

Keputusan itu dibuat selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan negeri mengkaji supaya skop PSI dikecilkan, sekali gus menjadikan projek itu menguncup 49 peratus daripada keluasan asal 1,821 hektar.

Sementara itu, Dominic yang juga calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas menyifatkan desakan PEN Mutiara bagi membatalkan projek tambakan laut itu sebagai tuntutan adil.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya memberi peluang PN mengubah kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikatakan ‘tidak mengutamakan rakyat’.

“Kita bukan mahu menghalang pembangunan di sini, tetapi pelaksanaannya bukanlah hanya bergantung kepada tambakan laut. Kita boleh bangunkan sektor eko-pelancongan di sini. Ia juga pembangunan tetapi daripada perspektif berbeza.

“Kerajaan negeri hanya memihak kepada kebajikan warga asing dengan membina banyak perumahan mewah di pulau buatan yang tidak mampu dimiliki rakyat tempatan.

“Keutamaan PN ialah kelangsungan orang ramai dan kita akan memastikan kebajikan mereka terbela,” katanya.

Mengulas projek tambakan laut dilaksanakan kerajaan terdahulu pimpinan GERAKAN, Dominic berkata, ia dibuat bagi pembinaan projek pembinaan perumahan mampu milik.

Sementara itu, Pengerusi PEN Mutiara, Ibrahim Che Ros, menegaskan pihaknya konsisten membantah projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang, sejak ia mula diperkenalkan sebelum ini.

“Kita mahu nyatakan sokongan kepada mana-mana calon yang bersetuju dengan tuntutan kami, selain berharap akan terus menyokong perjuangan kami. Kita tahu siapa yang menyokong kami dan sebaliknya,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Dominic LauPNPulau Silikon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd