Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Kes Tibi, Kusta Meningkat...

KUANTAN - Malaysia mencatatkan peningkatan kes tibi dan kusta pada tahun 2017, kata...

Zionis Tangguh Roboh Kampung...

BAITULMAQDIS - Israel memaklumkan ia menangguhkan perobohan kampung Badawi di Tebing Barat selama...

Ops Yaman 2: PH...

BIDAS... Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien melahirkan rasa kecewa dan...

Pokok Jati Mula Ditebang...

KANGAR - Kerja-kerja menebang lebih 10,000 pokok jati di tepi jalan raya seluruh...

Penjawat Awam ‘Terperangkap’ Era Muhyiddin, Sokong PN Dalam PRN Lalu – Ilham Centre

KUALA LUMPUR: Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre, mendapati penjawat awam masih dibelenggu atau terperangkap dalam era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, lantas menyaksikan kelompok itu cenderung menyokong Perikatan Nasional (PN) ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lalu.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar berkata, pola yang dikesan hasil temubual dilakukan pihaknya itu memperlihatkan penjawat awam tidak menterjemahkan sokongan kepada pentadbiran sekarang yang diterajui Kerajaan Perpaduan.

“Penjawat awam tidak menterjemahkan sokongan kepada kerajaan kerana (berlakunya episod) perubahan pentadbiran kerajaan.

“Kalau dilihat dari segi sokongan, kerajaan Barisan Nasional (BN) bertukar kepada PN selepas Langkah Sheraton, kemudian daripada PN (berubah lagi) kepada Pakatan Harapan (PH) atau Kerajaan Perpaduan.

“Namun kelompok penjawat awam ini masih terperangkap ketika pentadbiran di bawah Muhyiddin. Mereka terperangkap di situ dan tidak menukar (sokongan) kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sesi soal jawab dalam Wacana Pasca Pilihan Raya Umum Negeri ke-15 bertajuk ‘PRN 6 Negeri: Apa Telah Terjadi’ yang disiarkan secara langsung dari Akademi Pengajian Melayu (APM) di Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Muhamad Hisommudin turut membentangkan dapatan kajian berjudul ‘Prediksi Akhir PRN, Prestasi PH Unggul, PN Kuasai Jajaran Melayu’.


Selain Muhamad Hisommudin, wacana sama turut menampilkan empat panel lain iaitu Ketua Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim yang membentangkan laporan bertajuk ‘Pola Pengundian PRN Membentuk Polarisasi Kaum’ dan Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis melalui laporan ‘Merawat Melayu: UMNO Perlu Bagaimana’.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Hisommudin berkata, kira-kira 61 peratus pengundi terutama kalangan pengundi muda bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai isu semasa, diikuti portal berita (14 peratus), televisyen dan radio (12 peratus), selain akhbar dan rakan masing-masing lima peratus dan ahli keluarga tiga peratus.

“Media sosial seperti Facebook (39 peratus), Tiktok (27 peratus), WhatsApp (14 peratus) adalah platform media sosial tertinggi yang digunakan pengundi dengan Tiktok, platform utama pengundi muda.

“Namun pada masa akan datang, Tiktok akan menjadi rujukan yang semakin membesar dan juga merentasi umur, kerana individu berusia 60 tahun dan ke atas juga ada elemen itu…jadi Tiktok akan lebih berpengaruh.

“Bagi segmen umur, ia mencatatkan 43 peratus iaitu kumpulan umur 18 hingga 26 tahun paling ramai menggunakan aplikasi Tiktok,” katanya.

Dalam pada itu, kajian Ilham Centre turut memperincikan mengenai peralihan undi yang mana PRN 12 Ogos lalu hanya memperlihatkan dua blok atau gabungan utama, PH-BN dan PN bertanding.

BHonline-

Kategori

Leave a Reply