Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Penduduk Bersyukur Tiada Cedera,...

KUNDASANG - Penduduk kampung di kaki Gunung Kinabalu bersyukur tiada kecederaan mahupun kemalangan...

Pikotaro Pun Sambut Donald...

TOKYO - Pelawak dan penyanyi, Pikotaro dijadual menghiburkan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump...

Sunak Ikrar Bersikap Tegas...

LONDON: Rishi Sunak berikrar akan bersikap lebih tegas terhadap China sekiranya beliau dipilih...

Lagenda Biola Jepun, Suzuki...

TOKYO – Lagenda guru biola Jepun, mendiang Shinichi Suzuki, berdepan kontroversi terbesar dalam...

Panjat Bumbung, Rempuh Penguat Kuasa Cubaan PATI Untuk Lolos

MANJUNG: Pelbagai helah digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk meloloskan diri ketika serbuan pihak berkuasa termasuk sanggup memanjat bumbung, bersembunyi di sebalik pintu serta ada yang merempuh anggota bertugas.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Gelagat itu dikesan ketika pemeriksaan sempena Ops Sapu, Selera, Kutip dan Belanja dijalankan Jabatan Imigresen di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan di sekitar daerah ini, kelmarin dengan 104 warga asing diperiksa.

Pengarah Imigresen Perak, Hapdzan Husaini, berkata dalam operasi enam jam bermula 6.30 petang itu, 90 PATI membabitkan pelbagai kerakyatan yang berusia antara setahun hingga 50 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Mereka yang ditahan termasuk 24 wanita membabitkan 45 warga Indonesia, diikuti Myanmar (26), Bangladesh (14), Nepal (dua), India (dua) dan seorang Pakistan.

“Ketika pemeriksaan, beberapa warga asing cuba mengelak dengan melarikan diri, selain ada yang memanjat bumbung dan bersembunyi di sebalik pintu bilik. Ada juga beberapa orang warga asing merempuh anggota operasi yang membuat kepungan.


“Bagaimanapun cubaan mereka untuk meloloskan diri berjaya dipatahkan,” katanya.

Semua warga asing terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, selain Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

Mereka juga disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah, selain mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan juga di bawah Akta Pasport 1966.

“Siasatan juga akan diteruskan ke atas pemilik kediaman dan premis perniagaan yang membenarkan PATI berada dalam premis mereka,” katanya.

BHonline-

Kategori

Leave a Reply