Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

TPM: Panggil Militan Ini...

PUTRAJAYA - Gelaran Islamic States (IS) atau Negara Islam mencemarkan nama baik Islam,...

PRN Sarawak: Tanjong Datu...

TANJONG DATU : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu bakal menyaksikan saingan...

Banjir: 89 Calon SPM...

Kota Tinggi : Status 89 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkandas dan...

Tiket Tambahan Untuk Warga...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS)...

Kemenangan NS Dijangka, PH-BN Akan Bincang Calon MB – Tok Mat

KUALA LUMPUR – Pemilihan mengenai siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan akan ditentukan Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohammad Hasan berkata, jika keputusan PRN negeri itu berpihak kepada gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH), pihaknya akan mencalonkan satu nama dan perlu mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Besar Negeri.

“Itu terpulang kepada Majlis Presiden Kerajaan Perpaduan, majlis akan duduk bersama membincangkan siapa yang dirasakan sesuai untuk dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Kita cuma mencalonkan calon yang dirasakan sesuai untuk kita mohon restu dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, maka pelantikan ini adalah hak mutlak tuanku, kita akan putuskan sesiapa yang sesuai sahaja.


“Kalau calon kami diperkenankan Alhamdulillah, kalau tidak terpulang pada tuanku untuk memilih sesiapa saja yang difikirkan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang dan mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat,” jelasnya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebentar tadi.

Terdahulu, keputusan PRN Negeri Sembilan secara rasmi telah dimenangi oleh gabungan Kerajaan Perpaduan selepas gabungan tersebut memperolehi mejoriti mudah 25 kerusi daripada 36 kerusi yang dipertandingan.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori