• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan PRU15 Lalu Pengaruhi Pengundian Pada PRN – Pemerhati

oleh Mohd Arshad
13/08/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Keputusan PRU15 Lalu Pengaruhi Pengundian Pada PRN – Pemerhati
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu dilihat telah memberi kesan dan mempengaruhi corak pola pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam, kata Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

“Saya rasa ada pencapaian tertentu yang berjaya dicapai oleh kerjasama antara PH (Pakatan Harapan) dan BN (Barisan Nasional), namun ada juga kawasan yang kita jangka dengan kerjasama ini dapat menang lebih besar, tetapi ia tidak pula berlaku,” katanya ketika menjadi tetamu pada Program ‘PR6N: #AndaPenentu’ terbitan Bernama TV malam tadi.

Beliau berkata, kerjasama yang membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan selepas PRU15 itu dilihat masih belum memberi impak secara langsung kepada pengundi di negeri-negeri Pantai Timur, untuk memilih mereka.

Katanya, penentu kepada kemenangan sesebuah parti adalah golongan muda, namun berdasarkan trend pengundian di enam negeri semalam sokongan golongan itu dilihat masih tidak menentu, berubah-ubah dalam membuat keputusan pihak mana yang hendak disokong.

Sementara itu, Felo Penyelidik Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Azwan Abd Rahman berkata BN-PH perlu melihat kembali kaedah berkempen, terutama di negeri-negeri di Pantai Timur.

Beliau berkata golongan muda di negeri berkenaan secara umumnya melihat BN-PH lebih banyak membawa isu-isu nasional, dan kurang mengetengahkan isu-isu setempat.

“Kalau lihat isu-isu yang dibawa adalah bersifat nasional dan kabur daripada isu setempat. Perkara itu menenggelamkan minat dan kepentingan anak muda di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

“Mereka tidak nampak apa BN-PH tawarkan kepada mereka (dalam manifesto), kerana ia lebih kepada isu nasional,” katanya.

Beliau berkata apapun kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan perlu menghormati keputusan rakyat dan bekerjasama dalam membantu mereka agar negara lebih maju.

BHonline-

Tags: BNPHPRNPRU15
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH-BN Makin Hampir Bentuk Kerajaan Di Selangor

Next Post

Tidak Hadir Sama-sama Rai Kemenangan PH-BN, Guan Eng Minta Jangan Buat Spekulasi

Related Posts

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

Majoriti Bertambah Di PRK Ayer Kuning, Bukti Rakyat Kembali Sokong BN – Ahmad Zahid

28/04/2025
0

GUA MUSANG - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning dengan pertambahan majoriti daripada pelbagai kaum...

Next Post
Tidak Hadir Sama-sama Rai Kemenangan PH-BN, Guan Eng Minta Jangan Buat Spekulasi

Tidak Hadir Sama-sama Rai Kemenangan PH-BN, Guan Eng Minta Jangan Buat Spekulasi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd