• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kami Akan Lawan – TMJ

oleh Mohd Arshad
25/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kami Akan Lawan – TMJ
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan sukar di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila diundi dalam Kumpulan I bersama gergasi Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Kedudukan JDT bersama juara dua kali ACL, Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale dianggap mengulangi skrip musim lalu apabila ketiga-tiga mereka turut diundi dalam Kumpulan I.

Satu lagi pasukan yang turut diundi dalam Kumpulan I pada majlis undian, semalam adalah naib juara Liga 1 Thailand, BG Pathum United.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan saingan sukar bakal diharungi Harimau Selatan dalam Kumpulan I walaupun musim lalu menyaksikan JDT muncul juara kumpulan mengatasi Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale.

“Kumpulan yang sukar, Lion (City Sailors) dan Buriram (United) kumpulan senang. Tetapi tiada masalah. Kita akan melawan macam setiap tahun.

“Tidak akan menyerah kalah. Demi Johor, JDT dan penyokong, kami akan melakukan yang terbaik,” tulis Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) di ruangan komen Instagram kelab, officialjohor.

JDT mencipta sejarah dalam saingan ACL musim lalu apabila mara ke pusingan kalah mati kejohanan tertinggi Asia itu buat kali pertama.

Juara bertahan Liga Super sembilan kali berturut-turut itu muncul juara kumpulan selepas mengumpul 13 mata hasil daripada empat kemenangan, satu seri dan tewas sekali.

Ketika itu, JDT yang juga juara Piala AFC 2015 berjaya menewaskan Ulsan Hyundai sebanyak dua kali menerusi keputusan 2-1 dalam aksi peringkat kumpulan selain seri tanpa jaringan dan tewas 0-5 berdepan Kawasaki Frontale.

Selain itu, Harimau Selatan turut merekodkan dua kemenangan ke atas Guangzhou FC untuk muncul juara kumpulan sebelum tewas 0-5 kepada juara, Urawa Red Diamonds di peringkat 16 terbaik.

Pentas ACL musim ini bagaimanapun berbeza memandangkan ia akan dilangsungkan secara timbal balik berbanding kempen tahun lalu yang diadakan secara berpusat dengan Harimau Selatan menjadi tuan rumah bagi Kumpulan I.

BHonline-

Tags: JDTLiga Juara-Juara AsiaTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd