• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’

oleh Mohd Arshad
09/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Jurang Ketidakseimbangan Antara Negeri Mesti Dirapatkan’
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI: Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan perlu sejajar dalam usaha merapatkan jurang ketidakseimbangan ekonomi antara negeri yang melebar.

(Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat demikian…..cek ni kejap….klik sini)

Malah, usaha itu juga dilihat akan memudahkan perniagaan dijalankan di negara ini, sekali gus menepati hasrat dalam kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali, berkata pertumbuhan ekonomi negara dilihat tidak tersebar dengan baik memandangkan hampir 60 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disumbangkan Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

Beliau berkata, terdapat sembilan negeri masih lagi kekal di bawah paras rendah dari segi pertumbuhan dan pendapatan, yang menunjukkan pelaburan hanya tertumpu di negeri tertentu.

Katanya, keadaan itu merisaukan memandangkan bila negara mencapai status negara berpendapatan tinggi, negeri yang ketinggalan tidak akan merasainya.

“Pertumbuhan ekonomi dilihat lebih tertumpu (di negeri tertentu). Ini menjadi satu kerisauan, negara mungkin menjadi negara berpendapatan tinggi, tetapi tidak bagi negeri kerana sesetengah negeri ketinggalan,” katanya pada sidang media khas mengenai Ekonomi MADANI: Mencapai Sasaran di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Noor Azlan berkata, tindakan khusus perlu dilaksanakan termasuk strategi pelaburan berdasarkan geografi yang lebih strategik untuk negeri.

Beliau berkata, banyak rancangan pelaburan lebih dilihat di peringkat negara, tetapi agak kurang membabitkan peringkat negeri.

Justeru, katanya, adalah masanya untuk merancakkan perbincangan ekonomi di negeri-negeri dan dan jika tidak, jurang ketidakseimbangan wilayah akan berterusan.

Ditanya mengenai pelaksanaan gaji progresif pula, Noor Azlan berkata, ia adalah idea yang baik, namun dari segi konteks mungkin sebaliknya.

Beliau berkata, dari segi pendapatan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah komitmen kepada mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing kurang mahir.

Katanya, selagi ada lambakan pekerja asing kurang mahir, usaha untuk meningkatkan pendapatan bagi golongan berpendapatan rendah di negara ini tidak akan selesai.

Sehubungan itu, pendapatnya adalah lebih baik kerajaan tidak menetapkan paras gaji bagi mengelakkan gangguan kepada industri.

BeritaHarian-

Tags: EkonomiKDNKKetidakseimbanganProfesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Iran Hukum Gantung 5 Lelaki Kerana Merogol

Next Post

Menantu Muhyiddin Beri Jaminan Pulang Ke Tanah Air, Nafi Melarikan Diri

Related Posts

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

Tinjauan Ekonomi Malaysia Untuk 2025 Dan Jangkaan Masa Depan

27/03/2025
0

Meta Deskripsi: Terokai tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2025. Ketahui pemacu utama pertumbuhan, risiko yang berpotensi, dan perubahan dasar yang boleh...

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

Selangor, KL, Johor Penyumbang Terbesar Ekonomi Malaysia

02/07/2024
0

PUTRAJAYA: Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang kekal sebagai penyumbang utama ekonomi Malaysia dengan sumbangan sebanyak 67.7 peratus...

Next Post
Menantu Muhyiddin Beri Jaminan Pulang Ke Tanah Air, Nafi Melarikan Diri

Menantu Muhyiddin Beri Jaminan Pulang Ke Tanah Air, Nafi Melarikan Diri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd