Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

Bajet 2015 Tidak Perlu...

KUALA LUMPUR - Bajet 2015 tidak perlu dibentangkan semula kerana langkah-langkah seperti yang...

Kerajaan Tidak Bercadang Mansuh...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang mansuh Cukai Pelancongan yang dikenakan ke atas setiap...

MAF Ingin Bentuk Program...

KUALA LUMPUR - Kagum dengan pemecahan rekod dan kutipan emas yang dilakukan atlet...

Harimau Malaya Lonjak Ke...

SKUAD Harimau Malaya melonjak empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-154 dunia...

Hospital UniSZA Beroperasi Penuh Tahun Depan – Khaled Nordin

KUALA NERUS – Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dijangka beroperasi secara penuh pada tahun hadapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, operasi di hospital terbabit sudah bermula sejak 1 Ogos lalu bagi perkhidmatan pesakit luar kepada orang awam.

“Keseluruhan operasi akan bermula pada penggal kedua 2024. Keseluruhan bangunan dan infrastruktur semua sudah lengkap cuma hanya tunggu peralatan sahaja.

“Dengan adanya Hospital Pengajar UniSZA, ia dapat membantu memberi perkhidmatan kepada pesakit luar tetapi sedikit sebanyak akan wujud kerjasama di mana pihak universiti bersedia melalui hospitalnya untuk membantu tangani cabaran dihadapi oleh hospital biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pengoperasian Klinik Pakar Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, hospital pengajar UniSZA telah berjaya memulakan pengoperasian Klinik-Klinik Pakar selain perkhidmatan sokongan kepada orang awam seperti Klinik Perubatan Dalaman, Klinik Ortopedik, Klinik Oftalmologi, Klinik Otorinolaringologi (ORL), Klinik Pediatrik, Klinik Obstetrik & Ginekologi, Klinik Pembedahan dan Klinik Psikiatri.


Menurutnya, seramai 312 orang pesakit terdiri daripada komuniti sekitar telah diterima setakat 3 Ogos lepas.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, hospital pengajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan hospital pengajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mengalami kelewatan dua tahun untuk disiapkan dijangka beroperasi pada tahun hadapan.

Beliau berkata, isu kelewatan tersebut antaranya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19, isu pekerja dan harga bahan binaan yang berbeza.

“Sedang berjalan (pembinaan) dan kita percaya kementerian sudah atasi semua isu serta masalah. Insya-ALLAH, tahun depan akan siap,” jelasnya.

SinarHarian-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori