Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Malaysia Usir Duta Besar...

KUALA LUMPUR - Duta Korea Utara Kang Chol diistiharkan sebagai persona non grata...

Saingi China, AS Mulakan...

AMERIKA Syarikat akan memulakan satu siri inisiatif pelaburan di Asia dalam bidang ekonomi...

PLKN 2.0 Mampu Lahirkan...

KOTA KINABALU - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 yang disambung semula selepas...

Lewat Bayar Cukai Kami...

MELAKA TENGAH: Sukar digambarkan perasaan bagi sesetengah penduduk di Taman Bukit Beruang Bestari,...

Formasi Kereta Berbentuk Jalur Gemilang Masuk Malaysia Book Of Records

JOHOR BAHRU: Syarikat pengeluar minuman tempatan, Haos Ek? menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya menganjurkan formasi kereta berbentuk Jalur Gemilang terbesar di Malaysia, hari ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Sebanyak 234 kereta dengan warna tema Jalur Gemilang berkumpul di SIREH Park, Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Adin Marketing Group Sdn Bhd (Haos Ek?) Anis Permin, berkata program anjuran syarikat berkenaan dan SIREH Park bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), sebagai satu daripada usaha menggalakkan penyertaan orang awam terutamanya generasi muda untuk terus menghargai kemerdekaan negara.

“Kami bersyukur dapat melaksanakan tanggungjawab sosial korporat untuk memupuk semangat cintakan negara dan menyambut usaha kerajaan dalam memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan.

“Malah program ini juga bertujuan memperkenalkan lagi SIREH Park sebagai kawasan rekreasi dan riadah keluarga serta tempat tumpuan awam,” katanya menerusi siaran media hari ini.


Program berkenaan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad. Turut hadir, Datuk Bandar MBIP, Datuk Mohd Haffiz Ahmad dan Penasihat Sireh Park, Nor Hisham Hussein.

Rekod MBOR tersebut diserahkan wakil MBOR, Edwin Yeoh kepada Anis.

Sementara itu, Pandak berkata, program itu adalah satu inisiatif baik dalam menanam semangat patriotik khususnya dalam kalangan masyarakat.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori