Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Mara Jamin Tajaan Pelajaran...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengakui sedang menghadapi sedikit isu untuk...

Agong Titah Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

60% Pemegang AP Import...

KUALA LANGAT - Sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan pemegang permit import (AP)...

Mahathir, Emir Qatar Rasmi...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Emir Qatar Sheikh Tamim...

Dera Anak Hingga Mati: Reman Wanita, Teman Lelaki Disambung

TAIPING – Tempoh reman seorang wanita dan teman lelakinya yang ditahan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak lelaki akibat didera, minggu lalu disambung enam hari lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, permohonan sambung reman terhadap wanita berusia 36 tahun dan lelaki warga tempatan itu dibuat selepas tempoh reman sebelum ini tamat pada Ahad.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat bagi urusan pertuduhan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui mati dengan beberapa kesan lebam di kaki, badan dan muka dipercayai didera di sebuah rumah di Assam Kumbang dekat sini.

Mangsa yang tinggal di rumah berkenaan bersama ibu dan teman lelaki tersebut disyaki mengalami penderaan sejak Mac lagi.

Siasatan mendapati, ibu bapa mangsa mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses penceraian.

-Sinar Harian

Kategori

Leave a Reply