Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Man Bai Mengamuk Di...

SUDAH lama kita tidak mendengar khabar terbaru mengenai penyanyi yang terkenal dengan imej...

Pelajar Cedera Blok Asrama...

SINTOK - Dua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) cedera selepas sebatang pokok tumbang...

11 Rakyat Malaysia Hadiri...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengesahkan 11 rakyat Malaysia yang pergi ke Sulawesi, Indonesia...

Bogel Di Usia 45,...

SUPERMODEL antarabangsa, Naomi Campbell telah menampilkan susuk tubuhnya yang menawan dan satu penggambaran...

Tujuh Lagi Ditahan Kes Bunuh Kontraktor Binaan

SHAH ALAM – Polis menahan tujuh lagi individu warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kontraktor binaan hampir reput dibungkus dan diletakkan dalam but kereta di Taman Sri Orkid Seksyen 30, di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, kesemua suspek lelaki berusia 19 hingga 52 tahun itu ditahan sekitar Shah Alam dan Subang Jaya, kelmarin.

“Kesemua mereka telah direman selama tujuh hari sehingga 13 Julai.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian ialah kerana cemburu,” katanya di sini hari ini.

Penangkapan terbaharu menjadikan keseluruhan suspek yang ditahan setakat ini adalah 11 individu termasuk seorang wanita yang kesemuanya adalah warga Indonesia.


Sehubungan itu, Ramsay meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohammad Khairi di talian 012-2666025.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan bau busuk pada but sebuah kereta yang ditinggalkan di tepi jalan membongkar penemuan mayat seorang kontraktor binaan hampir reput dalam kejadian di Taman Sri Orkid Seksyen 30, di sini, Selasa lalu.

Mayat lelaki warga Indonesia berusia 47 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 3.25 petang selepas menerima panggilan daripada orang awam yang melalui lokasi tersebut.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori