• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Wanita Vietnam Disyaki Bunuh Lelaki Disambung Enam Hari Lagi

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Reman Wanita Vietnam Disyaki Bunuh Lelaki Disambung Enam Hari Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Manjung : Perintah reman terhadap seorang wanita warga Vietnam yang disyaki membunuh lelaki di ladang kelapa sawit di Ayer Tawar minggu lalu, disambung enam hari lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata permohonan sambung reman terhadap suri rumah berusia 38 tahun itu membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Sebelum ini suspek direman pada 25 Jun selama tujuh hari berakhir kelmarin.

“Perintah tahanan reman disambung hingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita akan melengkapkan kertas siasatan sebelum merujuk kes ini kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan pendakwaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 25 Jun lalu, Harian Metro melaporkan seorang wanita warga asing ditahan kerana disyaki membunuh seorang lelaki di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, di sini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilapor berkata, sebelum penahanan itu, polis menerima laporan penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dengan beberapa kesan tetakan pada tubuh mangsa.

Terdahulu, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dengan beberapa kesan tetakan pada tubuh mangsa jam 5.15 petang, 24 Jun lalu.

-Harian Metro

Tags: kes bunuhremanwanita Vietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Majistret Benarkan Reman Tamim Dahri, Abang Dua Hari Sahaja – Aidil Khalid

Majistret Benarkan Reman Tamim Dahri, Abang Dua Hari Sahaja – Aidil Khalid

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Majistret hanya membenarkan perintah reman selama dua hari terhadap Tamim Dahri dan abangnya, Talhah walaupun pegawai penyiasat...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd