• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Tukun Bebola Sarawak Terpanjang Di Dunia Diiktiraf

oleh Mohd Arshad
10/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Projek Tukun Bebola Sarawak Terpanjang Di Dunia Diiktiraf
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kejayaan Sarawak melaksanakan projek tukun bebola terpanjang di dunia iaitu sepanjang 746 kilometer mendapat pengiktirafan daripada Yayasan Tukun Bebola USA, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sijil dan plak pengiktirafan itu disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Tukun Bebola USA, Todd Ryan Barber kepada Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datu Zaidi Mahdi, yang menerima pada bagi pihak Kerajaan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini dengan turut disaksikan oleh Abang Johari.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Zolkipli Mohamad Aton menyifatkan pengiktirafan itu sebagai bukti kepada kepimpinan berwawasan Kerajaan Sarawak di bawah Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan komitmen tinggi terhadap amalan mampan serta perlindungan kepelbagaian biologi marin Sarawak.

Menurutnya, di bawah fasa pertama Projek Tukun Bebola Sarawak, sejumlah 16,800 tukun bebola diturunkan di sepanjang perairan negeri ini dari 2018 hingga 2022 iaitu sepanjang 746km.

“Sebanyak 23,500 tukun bebola telah ditempatkan di perairan Sarawak dari 1998 hingga 2022,” katanya.

Beliau turut menyifatkan sokongan kerajaan dan kepimpinan berwawasan Premier telah memainkan peranan penting dalam membolehkan SFC sebagai agensi pelaksana berjaya melaksanakan projek seperti Projek Tukun Bebola Sarawak, yang kini telah menetapkan penanda aras global sebagai projek tukun tiruan terpanjang.

Peruntukan RM70 juta untuk Projek Rakyat Fasa 1, bersama tambahan RM30 juta untuk Fasa 2 (2023-2027) menggariskan lagi dedikasi kerajaan dalam usaha berkenaan.

Objektif projek itu adalah untuk meningkatkan sumber perikanan, menawarkan peluang dalam eko-pelancongan berasaskan marin seperti selaman skuba dan sukan memancing, serta membangunkan projek perintis marikultur karang sebagai peluang ekonomi baharu yang berpotensi di Sarawak.

Kosmo-

Tags: pengiktirafanProjek Tukun Bebolasarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd