• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Mahfuz Lawan Radhi Mat Din

oleh AK-47
29/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRN: Mahfuz Lawan Radhi Mat Din
Share on FacebookShare on Twitter

Alor Setar : Pertembungan satu lawan satu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan pemain bola sepak lagenda Hijau Kuning, Radhi Mat Din di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu menjadi tumpuan ramai.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Terdahulu kedua-dua mereka pernah bertembung ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 di kerusi Parlimen Pokok Sena yang menyaksikan Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi.

Mengulas mengenai ‘perlawanan semula’ berkenaan, Mahfuz berkata, keadaan ketika ini adalah berbeza kerana pada 2018, PH menjadi pembangkang dan PN pula kerajaan di peringkat Pusat.

“Selain saya, Datuk Zamri Yusuf yang bertanding di DUN Suka Menanti dan Teh Swee Leong yang bertanding di DUN Kota Darulaman mempunyai keyakinan untuk mempertahankan tiga kerusi yang dimenangi PH pada PRU14 lalu.

“Keyakinan itu berdasarkan pelbagai inisiatif yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa mengutamakan rakyat dalam pentadbirannya termasuk mereka yang di Kedah.

“Atas dasar itu, rakyat kini dapat menilai perubahan yang dibawa PH dan kesannya dapat dilihat apabila harga barang menjadi terkawal dan ekonomi negara terus berkembang,” katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Sementara itu, bekas kapten pasukan Hijau Kuning, Radhi menyifatkan pertembungan bersama Mahfuz bukan sebagai misi balas dendam kekalahannya pada 2018.

“Ini adalah pertembungan biasa dalam politik, dahulu kami di Pokok Sena, sekarang di Alor Mengkudu pula dengan suasana juga berbeza kerana terdapat banyak isu yang meresahkan rakyat.

“Kita dapat merasakan gelombang itu ada bersama PN ketika ini dan anak muda dapat memahami realiti politik semasa yang kita bawa khususnya kepada pengundi di DUN Alor Mengkudu,” katanya.

Pertembungan di tiga DUN berkenaan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara PH dan PN di setiap kerusi.

Di DUN Suka Menanti, Zamri yang juga penyandang dan Pengerusi PKR Kedah bakal berhadapan calon PN, Dzowahir Ab Ghani, manakala di DUN Kota Darulaman, penyandang kerusi, Teh Swee Leong bakal berdepan lawan PN, Chuah See Seng.

-Harian Metro

Tags: Mahfuzpenamaan calonPRNRadhi Mat Din
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN: 572 Calon Sah Bertanding, Satu Kertas Penamaan Calon Ditolak

Next Post

Saingan Tiga Penjuru Di DUN Paya Jaras, Kota Damansara

Related Posts

Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh

Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

26/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Lima laluan jalan raya di sekitar Kuala Kubu Baharu akan ditutup sementara dan dilencongkan bagi melancarkan proses...

Penjawat Awam ‘Terperangkap’ Era Muhyiddin, Sokong PN Dalam PRN Lalu – Ilham Centre

Penjawat Awam ‘Terperangkap’ Era Muhyiddin, Sokong PN Dalam PRN Lalu – Ilham Centre

25/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre, mendapati penjawat awam masih dibelenggu atau terperangkap dalam era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin...

Next Post
Saingan Tiga Penjuru Di DUN Paya Jaras, Kota Damansara

Saingan Tiga Penjuru Di DUN Paya Jaras, Kota Damansara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd