• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pertahan DUN Rantau Bukan Tugas Mudah’

oleh Mohd Arshad
29/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Pertahan DUN Rantau Bukan Tugas Mudah’
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap cabarannya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bukan satu tugas mudah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, beliau yang bertanding satu lawan satu dengan calon dari Perikatan Nasional (PN) Rozmal Malakan, mengakui perlu bekerja lebih kuat bagi memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

“Saya menghormati walaupun satu lawan satu pada kali ini. Kita tidak perlu memandang remeh saingan daripada pihak lawan kerana itu saya katakan saya perlu bekerja kuat.

“Saya tidak mungkin dapat pergi ke semua tempat untuk menyantuni atau berjumpa dengan setiap pengundi. Jadi, jentera akan bergerak melalui bilik gerakan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di cawangan untuk mereka bergerak dan berkempen bagi pihak parti,” katanya.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau, berharap pengundi tidak terpedaya bahawa dakwaan keputusan PRN akan menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kepada pengundi yang terpedaya menyatakan keputusan di DUN sekiranya berpihak kepada parti lain maka, Kerajaan Pusat juga akan jatuh.

“Itu tidak betul kerana kita telah kuatkuasakan undang-undangn anti lompat parti dan tidak ada sesiapa Ahli Parlimen yang boleh keluar daripada menyokong pihak yang lain tanpa kebenaran tanpa direstui oleh parti.

“Ini tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Rozmal yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, berkata segala kemungkinan keputusan boleh berlaku walaupun beliau adalah calon ‘underdog’.

“Dalam pilihan raya segala kemungkinan boleh berlaku dan sebagai ‘underdog’ tiada tekanan dan kita bebas untuk merancang apa-apa ketika berkempen.

“Peluang itu ada bergantung kepada jentera dan bergantung kepada pengundi kalau kita dapat yakinkan pengundi seramai 50 lebih peratus, Insha-Allah peluang menang itu ada,” katanya.

Untuk rekod, Mohamad adalah penyandang DUN Rantau sejak 2004 dan menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 2004 hingga 2018.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mohamad menang tanpa bertanding selepas Dr Streram gagal menyerahkan borang pencalonan pada 5 Mei 2018.

-Berita Harian

Tags: DUN Rantaupenamaan calonPRNTok Mat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rangka Pendaki Hilang 1986 Ditemukan Di Bawah Lapisan Glasier

Next Post

Dinding Kaca Pejabat PAS Pecah Berderai

Related Posts

Tok Mat Tiba Di New York Hadiri UNGA ke-79

Tok Mat Tiba Di New York Hadiri UNGA ke-79

22/09/2024
0

NEW YORK - Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di New York, Amerika Syarikat bagi mewakili Malaysia dalam...

Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh

Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

26/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Lima laluan jalan raya di sekitar Kuala Kubu Baharu akan ditutup sementara dan dilencongkan bagi melancarkan proses...

Next Post
Dinding Kaca Pejabat PAS Pecah Berderai

Dinding Kaca Pejabat PAS Pecah Berderai

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd