• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mendapan Tanah Akibat Runtuhan Terowong ECRL – Menteri

oleh Mohd Arshad
26/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mendapan Tanah Akibat Runtuhan Terowong ECRL – Menteri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR : Kejadian mendapan tanah yang berlaku di Kilometer 66.1 berhampiran Plaza Tol Bentong Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak pada malam tadi dikenal pasti berpunca daripada runtuhan terowong projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Runtuhan terowong pada kedalaman 13 meter dari permukaan lebuh raya menyebabkan mendapan seluas 9.5 meter lebar, 10 meter panjang 4.3 meter dalam, bagaimanapun ia dijangka kembali dibuka pada pukul 7 petang ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan kembali lebuh raya bergantung kepada penilaian akhir jurutera ECRL, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat pengendali, Anih Berhad.

“Pihak kontraktor mengambil tindakan menimbus kawasan mendapan dengan konkrit sejak malam tadi. Kerja-kerja turapan akan dimulakan sejuruh selepas konkrit keras.

“Saya puas hati kerana kerja kerja menimbus mendapan dibuat dengan secara cepat. Saya difahamkan jam 7 petang ini boleh dibuka untuk kegunaan semula. Peringkat awal difahamkan pembinaan terowong di bahagian bawah iaitu projek ECRL,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kerja-kerja pembinaan seksyen enam Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), hari ini.

Terdahulu, mendapan tanah tersebut dilaporkan berlaku sekitar pukul 8.30 malam tadi melibatkan kedua-dua arah, bagaimanapun insiden tersebut tidak mengakibatkan kemalangan pengguna lebuh raya.

Bagaimanapun, pengguna yang berada di laluan berkenaan ketika itu terpaksa membuat pusingan ‘U’ untuk keluar melalui persimpangan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Bentong Timur dan Barat .

Alexander Nanta menjelaskan, pengguna dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur ketika ini perlu keluar di persimpangan Bentong Timur dan masuk semula di Bentong Barat sementara dari arah Kuala Lumpur perlu memasuki susur LTU.

“Kenderaan yang menggunakan LTU dari Pantai Timur boleh meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Bagi pengguna dari KUala lUmpur menuju ke Gua Musang perlu keluar di persimpangan Bentong Barat dan masuk semula melalui persimpangan LTU.

“Bagi memastikan keselamatan pengguna, pasukan teknikal Anih Berhad LPT Ronda dengan kerjasama polis ditempatkan di lokasi bagi membantu menunjukkan arah lencongan pada laluan alternatif. Pengguna dinasihatkan mematuhi papan arah serta arahan petugas di lokasi,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: ECRLmendapan tanahRuntuhan Terowong ECRL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hakim 1MDB Dedah Pernah Jadi Rakan Kongsi Bersama Jasmine Loo

Next Post

‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

Related Posts

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

04/02/2025
0

KUANTAN - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka memulakan ujian dan...

Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL – MB Selangor

Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL – MB Selangor

03/05/2024
0

SHAH ALAM : Majoriti waris dan ahli keluarga yang terbabit dalam penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat...

Next Post
‘Elaun Madani’ Tidak Betul, Palsu – MOF

'Elaun Madani' Tidak Betul, Palsu - MOF

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd