Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Ketidakaturan Derma: SPRM...

Siasatan terhadap Aman Palestin Bhd berhubung dakwaan ketidakaturan dalam aktiviti pengumpulan derma oleh...

Henti Tindas Rohingnya, Badan...

ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa badan dunia memberikan...

Lebih 30 Ekor Anjing...

PARIT BUNTAR - Majlis Daerah Kerian (MDK) menangkap lebih 30 ekor anjing liar...

Agong Adakan Sesi Pra-Kabinet...

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini telah berkenan mengadakan sesi...

Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL – MB Selangor

SHAH ALAM : Majoriti waris dan ahli keluarga yang terbabit dalam penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bersetuju membenarkan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilakukan di kawasan itu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata perbincangan akan diteruskan lagi antara kelompok waris lain yang belum menyatakan persetujuan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak berkuasa tempatan dan ECRL.

Katanya, waris juga seharusnya menjalankan perbincangan bersama komuniti dan jabatan berkaitan selepas kerajaan negeri memberi ruang tambahan seminggu sebelum kerja menggali dan memindah kubur dilakukan.

“Tiada persoalan hukum atau sebab lain kerana di mana-mana tempat pun berlaku (pemindahan kubur bagi projek tertentu) dan ia memberikan maslahat yang lebih penting kepada masyarakat terutama dalam hal pembangunan negara.

“Tetapi kita akan meneruskan perbincangan dengan pihak terbabit kerana majoriti waris sudah bersetuju. Yang belum bersetuju kita beri ruang lagi untuk berbincang,” katanya pada sidang akhbar pasca Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian waris dan ahli keluarga kekal membantah penggalian dan pemindahan kubur berkenaan bagi memberikan laluan kepada pembinaan ECRL.


Sebelum ini media melaporkan 90 waris mendakwa tapak kubur ahli keluarga mereka akan digali dan hanya diberikan batu nisan saja sepanjang pembinaan ECRL di Tanah Perkuburan Selat Klang, Klang.

Kerja menggali dan memindah kubur yang dijadualkan Rabu lalu ditangguh selama seminggu bagi memberikan ruang untuk proses pemakluman dan pendengaran maklum balas waris.

Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan sebarang persoalan perlu dikemukakan kepada jawatankuasa komuniti yang sudah diwujudkan berhubung perkara itu.

“Ada jabatan (khas) yang akan membuat penelitian terhadap persoalan itu dan kita cuba memberikan penerangan serta penjelasan,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori