• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Johor Bahru Benar SPRM Guna Seksyen 117 KTJ

oleh Mohd Arshad
12/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Tinggi Johor Bahru Benar SPRM Guna Seksyen 117 KTJ
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menahan reman suspek dibawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) bagi kesalahan dibawah Akta SPRM 2009.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu terhadap permohonan semakan yang difailkan SPRM ekoran tindakan Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 15 Mei lalu yang telah menolak permohonan reman terhadap dua suspek ditahan SPRM.

Sehubungan itu, SPRM memfailkan permohonan semakan pada 15 Jun lalu selepas Majistret yang mendengar permohonan reman di bawah Seksyen 117 KTJ itu memberi alasan bahawa SPRM gagal mematuhi peruntukan Seksyen 49 SPRM 2009.

Dalam membuat keputusan reman itu, Majistret telah mengguna pakai keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh dan berpendapat terdapat kecacatan dalam siasatan dibuat SPRM.

Sehubungan itu, Abu Bakar memberitahu, Majistret yang mendengar permohonan reman SPRM itu mindanya hanya tertumpu kepada Mahkamah Tinggi Temerloh, tanpa menimbangkan langsung nas duluan dalam kes Mahkamah Tinggi yang lain.

“Mahkamah berpendapat peruntukan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 juga perlu dibaca secara harfiah kerana tujuan Parlimen menggubal Akta SPRM 2009 adalah bagi menangani gejala rasuah, maka akta ini tidak boleh dibaca secara rigid sehingga menjejaskan atau menggagalkan proses siasatan SPRM.

“Mahkamah juga berpendapat SPRM ketika menjalankan siasatan boleh memohon reman di bawah peruntukan Seksyen 117 KTJ. SPRM diberi kuasa yang luas memilih peruntukan Seksyen 49 Akta SPRM 2009 atau memohon reman di bawah peruntukan Seksyen 117 KTJ,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perundangan Pendakwaan SPRM, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, pihaknya berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memberi ‘kemenangan’ kepada agensi itu dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Sehubungan itu, Wan Shaharuddin berharap selepas ini mana-mana Majistret akan melihat lebih mendalam dan menyeluruh tentang keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru dalam membenarkan permohonan reman terhadap suspek.

Kosmo-

Tags: johor bahruMahkamah TinggiSeksyen 117 KTJSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

Netizen Teruja Lihat Kemesraan Keluarga Diraja Johor Sambut Aidiladha

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perkongsian gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menyambut Hari Raya...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd