• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesihatan Abdul Hadi Merosot

oleh Mohd Arshad
01/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kesihatan Abdul Hadi Merosot
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Terengganu : Kesihatan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu dimaklumkan anak beliau Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.

“Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.

Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk itu berkata, Abdul Hadi sememangnya dalam keadaan uzur, sewaktu hadir ke pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Pas Terengganu di Marang, 27 Jun lalu.

Beliau berkata, bagaimanapun Ahli Parlimen Marang itu tetap menggagahkan dirinya untuk hadir.

“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi hospital Abdul Hadi dirawat, namun sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke Institut Jantung Negara untuk menerima rawatan.

-Harian Metro

Tags: Abdul Hadi Awangkesihatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DUN Negeri Sembilan Bubar Secara Rasmi Hari Ini

Next Post

Banjir Kilat Landa Beberapa Kampung Di P. Pinang

Related Posts

Tumbang Kerajaan: Mohon Siasat Abdul Hadi

Tumbang Kerajaan: Mohon Siasat Abdul Hadi

07/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer menuntut kerajaan supaya menyiasat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana didakwa...

TI-M Minta Hadi Dipertanggungjawabkan Kait Rasuah Dengan Bangsa

TI-M Minta Hadi Dipertanggungjawabkan Kait Rasuah Dengan Bangsa

22/08/2022
0

Pesiden PAS, Abdul Hadi Awang, perlu dipertanggungjawabkan atas kenyataannya mengaitkan faktor bangsa dan agama dengan amalan rasuah, kata pertubuhan pemantau...

Next Post
Banjir Kilat Landa Beberapa Kampung Di P. Pinang

Banjir Kilat Landa Beberapa Kampung Di P. Pinang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd