Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin, Tuanku Zara...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim...

JDT Jual Juan Martin...

KUALA LUMPUR - "Tawaran bernilai RM11.5 juta untuk pemain ini amat istimewa dan...

25 Maut Dalam Nahas...

BANGKOK - Dua puluh lima orang maut apabila sebuah minivan dan sebuah trak...

Afifah: Anda Gadis Muda...

AFIFAH Nasir, gadis paling dibenci dalam krisis rumah tangga Aliff Aziz dan Bella...

Tumbang Kerajaan: Mohon Siasat Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP, RSN Rayer menuntut kerajaan supaya menyiasat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana didakwa melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi, susulan kenyataan dibuat berhubung hak pembangkang merancang untuk menumbangkan kerajaan Persekutuan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rayer dalam perbahasannya tadi menyentuh tentang pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, setelah negara melalui ketidakstabilan politik akibat.

Beliau juga merujuk laporan media mengenai hak untuk merancang apa jua aktiviti demi menumbangkan kerajaan Persekutuan seperti yang disebut oleh Abdul Hadi semalam, yang dilihat membatasi titah Seri Paduka.

Selepas itu, ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat mula bertikam lidah susulan ‘rancangan menumbangkan kerajaan’ seperti yang disebut Ahli Parlimen Marang itu.

Ia tercetus apabila Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd. Misbahul Munir Masduki mencelah perbahasan Rayer, yang dirujuk sebagai telah mengeluarkan kenyataan jahat terhadap seseorang yang lain.

Mohd. Misbahul Munir: Ini satu sangkaan jahat, YB Marang (Abdul Hadi) hanya buat satu kenyataan politik, tidak merancang pun dengan melihat perkembangan semasa.

Rayer: YB nyatakan bahawa kenyataan politik telah dibuat, itu merupakan pengakuan (Abdul Hadi tumbangkan kerajaan).

Mohd. Misbahul Munir: Itu kenyataan sahaja, bukan rancangan. Melainkan Tuan Guru menyebut kami merancang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, jadi, YB Jelutong wajib tarik balik kenyataan.

Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran kemudian mencelah: Kalau sudah buat kenyataan, maksudnya rancang.

Rayer: Perkara ini adalah sesuatu yang telah dilapor dalam surat khabar.

Mohd. Misbahul Munir: Itu surat khabar, surat khabar boleh putar belit. Bukan kenyataan terus dari YB Marang.

Pembesar suara ahli-ahli Parlimen kemudian dipadam dan kedengaran salah seorang wakil rakyat bertanya tentang ‘bukti’ Abdul Hadi membuat rancangan menumbangkan kerajaan.


Abdul Hadi semalam berpandangan, usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘dalam masa terdekat’ adalah sesuatu yang dibolehkan kerana negara mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.

Beliau juga mempertahan tindakannya tidak melangkaui titah Seri Paduka yang mahu sebuah kerajaan stabil dan mengekalkan kerajaan pimpinan Anwar hingga habis penggal.

Ini kerana, katanya, titah Seri Paduka bukan Qat’i atau kata putus yang menghalang perubahan.

“Itu (kenyataan saya sebelum ini) adalah satu kenyataan politik yang biasa berlaku dalam politik (seperti) undi tidak percaya, dapatkan akuan bersumpah, menyokong kerajaan berpaling tadah. Biasa berlakulah.

“Dan kita melihat ada tanda-tanda menunjukkan di dalam kerajaan campuran yang ada ini perasaan tidak puas hati sesama parti komponen dia sendiri. Itu ada berlaku, sebab itu sesuatu yang tidak mustahil berlaku (kerajaan tumbang).

“Kenyataan Agong satu kenyataan yang tidak jadi kata putus yang menghalang untuk perubahan dalam negara demokrasi. Mengikut Raja-Raja berperlembagaan, Raja di bawah Perlembagaan. Perlembagaan kita masih menjunjung demokrasi,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Rayer kemudian meneruskan hujahnya meminta dan memberi bayangan jika kenyataan Abdul Hadi itu dibuat oleh ahli-ahli Parlimen DAP.

“Bayangkan kalau kita (DAP) dalam pembangkang menyatakan perkara ini, sudah tentu laporan polis akan dibuat terhadap kita. Ini adalah perlakuan menderhaka kepada titah tuanku. Bukankah tidak?” soalnya.

Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor berkata: “Buat laporan polis kalau ada bukti!”

Rayer: “Saya cuma risau, saya mohon supaya perkara ini diberi perhatian, rakyat tidak boleh merana kalau berlaku sesuatu yang dirancang oleh pembangkang. Saya mohon Marang supaya tidak derhaka.”

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori