• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Kerajaan Pusat Tetap Penuhi Janji Diumumkan, Walaupun Kalah PRN’

oleh Mohd Arshad
29/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Kerajaan Pusat Tetap Penuhi Janji Diumumkan, Walaupun Kalah PRN’
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, Kerajaan Perpaduan tetap melaksanakan segala projek yang diumumkan, walaupun kalah di negeri yang berdepan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Kerajaan Perpaduan tidak akan bersikap zalim sebaliknya akan melakukan yang terbaik.

“Kita bukan kerajaan yang zalim, sebaliknya kita akan melakukan yang terbaik demi rakyat. Namun, tidak namanya bersyukur, sekiranya kita (rakyat) tidak berterima kasih kepada yang memberi.

“Jangan doa bahawa kita akan melakukan perkara negatif, sebaliknya perlu bersyukur kepada Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditanya sama ada Kerajaan Perpaduan akan meneruskan segala projek yang diumumkan termasuk di negeri tertentu sekiranya kalah pada PRN nanti.

Terdahulu, beliau Merasmikan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kawasan DUN Parlimen Kota Bharu.

Yang turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Sementara itu ketika ditanya berhubung kenyataan Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abdul Rahman, yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri cuba menormalisasikan rasuah susulan pengumuman peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Terengganu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata Syed Saddiq boleh bercakap apa sahaja.

“Dia boleh bercakap apa sahaja, yang penting para belia memerlukan peruntukan yang cukup,” katanya.

-Berita Harian

Tags: kerajaan pusatPRN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Alu-Alukan Media Anjur Program Debat – Fahmi

Next Post

Polis Buru Individu Disyaki Terlibat Cabul Wanita, Ceroboh LRT Maluri

Related Posts

Pulau Pinang Syor Kerajaan Pusat Kembalikan 20 Peratus Hasil Kutipan Cukai

Pulau Pinang Syor Kerajaan Pusat Kembalikan 20 Peratus Hasil Kutipan Cukai

29/05/2024
0

Georgetown : Kerajaan Pulau Pinang mengesyorkan Kerajaan Persekutuan memulangkan 20 peratus daripada hasil cukai yang dibayar negeri bagi membolehkan segala...

Kertas Siasatan Kes Peniaga Kibar Bendera Israel Di Terengganu Sudah Lengkap

Dewan Rakyat Panas Gara-gara Sebut ‘Mendoakan Kerajaan Pusat Menemui Ajalnya’

25/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat petang ini agak hangat berikutan pertikaman lidah antara wakil rakyat kerajaan dan Ahli Parlimen pembangkang....

Next Post
Polis Buru Individu Disyaki Terlibat Cabul Wanita, Ceroboh LRT Maluri

Polis Buru Individu Disyaki Terlibat Cabul Wanita, Ceroboh LRT Maluri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd