• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kematian Kanak-Kanak Di HTAR, Polis Ambil 19 Keterangan

oleh Mohd Arshad
25/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kematian Kanak-Kanak Di HTAR, Polis Ambil 19 Keterangan
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Sebanyak 19 keterangan direkodkan polis bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini, yang dikenali sebagai Dea Maisarah Bada pada awal bulan ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain ibu bapa, pengambilan keterangan itu melibatkan doktor terlibat, jiran dan pihak sekolah mangsa serta saksi polis yang berada di pondok hospital berkenaan.

“Polis juga sedang mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian bagi tujuan penelitian lanjut. Kita sedang menunggu laporan penuh forensik mengenai kematian kanak-kanak itu.

“Kertas siasatan mengenai kes itu akan dilengkapkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau menambah, bagaimanapun dakwaan berkenaan kecuaian termasuk pada sijil kematian mangsa yang berstatus ‘meninggal dunia ketika dibawa ke hospital atau BID’ masih dalam siasatan polis.

“Setakat ini, kita belum dapat memberikan sebarang komen berkaitan di pihak mana ada kecuaian kerana benda ini masih disiasat polis,” ujarnya.

Terdahulu, polis Selangor dilapor memulakan siasatan berhubung kematian Dea Maisarah Bada selepas menerima laporan yang masing-masing dibuat pihak hospital dan bapa kepada kanak-kanak berusia 10 tahun tersebut.

Kes kematian kanak-kanak itu tular di media sosial termasuk dakwaan kanak-kanak terbabit lewat diberi rawatan sehingga terpaksa menunggu lebih 40 minit dalam keadaan sesak nafas.

Turut tular adalah surat kematian seorang kanak-kanak itu yang dikatakan mati ketika dibawa ke HTAR walaupun mangsa sempat menerima rawatan di hospital berkenaan.

-Utusan Online

Tags: HTARKes Kematian Kanak-Kanakpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd