• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

oleh Mohd Arshad
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan Nik Mohamad Abduh tercicir daripada senarai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui kedua-dua isu itu pada awalnya mencetuskan kemarahan penyokong namun perkara itu dapat diatasi dengan baik.

Mengulas nama anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh tidak tercalon pada PRN di Kelantan, Ahmad Faizal berkata, adalah perkara biasa apabila seseorang tokoh pemimpin itu tidak dinamakan sebagai calon, akan berlaku rasa tidak puas hati dan kecewa.

Katanya, namun selepas hari penamaan calon semalam, kemarahan dan rasa tidak puas hati penyokong semakin reda.

“Saya lihat bukan sahaja bagi kem dan penyokong Nik Mohamad Abduh sendiri tetapi secara keseluruhannya kita berada dalam mood untuk menghadapi UMNO dan DAP, bukannya untuk menghadapi lawan sesama kita, perkara itu dapat kita atasi dengan amat baik.

“Calon yang dinamakan itu adalah sekadar wajah mewakili parti. Kami sentiasa menekankan kepada ahli bahawa yang bertanding ini adalah parti, calon hanya mewakili kita dan akhirnya apabila kita memegang pentadbiran kerajaan negeri, kita bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis ramah mesra dan kemasukan ahli baharu Bersatu Perak di sini hari ini.

Mengenai bantahan terhadap pencalonan Dominic di kerusi majoriti Melayu di DUN Bayan Lepas di Pulang Pinang, Ahmad Faizal mengakui ramai yang merasakan kerusi tersebut lebih sesuai ditandingi calon Melayu.

“Tetapi itulah keindahannya dalam Perikatan Nasional (PN), di mana kita boleh meletakkan calon bukan Melayu di kawasan Melayu. Kita yakin sokongan Melayu (terhadap Dominic).

“Lebih penting ialah sokongan kepada parti kerana kita bukan sekadar nak menang satu kerusi di Bayan Lepas, tapi kita nak menang seberapa banyak kerusi bagi menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sambil mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Jadi don’t worry, walaupun memang ada pada mulanya hiccups, kita lihat pada hari ini selepas penamaan calon, keadaan telah semakin reda,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Dominic LauNik Abduh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

Ayahanda Allahyarham Nik Aziz Lebih Banyak Berdoa Untuk Kesatuan Islam Dan Melayu – Nik Abduh

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa hayatnya jauh lebih banyak...

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd