• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawa Balik Cenderamata Kecuali Air Zamzam

oleh Mohd Arshad
03/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bawa Balik Cenderamata Kecuali Air Zamzam
Share on FacebookShare on Twitter

MEKAH – Jemaah haji dinasihatkan menjaga nama baik Tabung Haji (TH) dengan mematuhi peraturan ditetapkan Arab Saudi supaya tidak membawa balik barangan dilarang dan berbahaya terutama air zamzam ke Malaysia ketika proses penerbangan pulang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Operasi Maktab, Mohd. Sawal Abong berkata, Arab Saudi mempunyai mesin pengimbas terbaik di dunia yang dapat mengesan sekiranya terdapat cubaan menyembunyikan air zamzam di dalam bagasi.

Katanya, pelbagai taktik dikesan sebelum ini digunakan jemaah seperti membalutnya dengan kertas aluminium, baju dan lain-lain dan ia tidak pernah berjaya.

“Antara sebab dilarang ialah berkaitan dengan keselamatan. Kita akan membekalkan setiap jemaah dengan lima liter air zamzam apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jadi jangan risau.

“Larangan ini telah diaktifkan sejak sekian lama dan syarikat penerbangan akan didenda sekiranya pihak Arab Saudi menemui air itu di dalam bagasi. Oleh itu, jemaah perlu ikut peraturan dan menjaga nama baik TH,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mohd. Sawal, jika ada air zamzam, pihak berkuasa akan memotong kunci bagasi untuk mengeluarkannya.

Terdahulu, Mohd. Sawal memantau proses penghantaran bagasi 284 jemaah KT01 di Abraj Al-Janadriyah di sini yang akan pulang dengan menaiki penerbangan pertama ke KLIA pada pukul 7.15 pagi Khamis ini.

Katanya, setiap jemaah hanya dibenarkan membawa bagasi tidak melebihi 30 kilogram termasuk kerusi roda, tongkat dan kerusi duduk.

Menurut Sawal, bagasi itu boleh dituntut di KLIA atau di lapangan terbang negeri masing-masing seperti Pulau Pinang, Kedah, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Jemaah akan menaiki pesawat Malaysia Aviation Group (MAG) dan Saudi.

“Penghantaran pulang akan dilakukan secara berterusan sehingga 16 Julai ini melibatkan 49 penerbangan dari Jeddah. Jemaah di Madinah akan pulang dari sana,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: air zamzamCenderamata
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Reman Wanita Vietnam Disyaki Bunuh Lelaki Disambung Enam Hari Lagi

Next Post

PRN: Kena Akur Keputusan Majlis Presiden – Mohamad

Related Posts

Penapis Hasilkan Air Seperti Air Zamzam, Punca Penjualan Palsu

Penapis Hasilkan Air Seperti Air Zamzam, Punca Penjualan Palsu

29/08/2022
0

BANGI : Teknologi penapis yang menghasilkan air dengan rasa seperti air zamzam adalah antara faktor menyebabkan berlaku penjualan air zamzam...

Jemaah Haji Dibenar Bawa Pulang Air Zamzam

Jemaah Haji Dibenar Bawa Pulang Air Zamzam

11/07/2022
0

JEDDAH – Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) membenarkan jemaah haji yang hendak pulang ke negara masing-masing untuk membawa air...

Next Post
PRN: Kena Akur Keputusan Majlis Presiden – Mohamad

PRN: Kena Akur Keputusan Majlis Presiden - Mohamad

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd