• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Terkorban Akibat Hujan Lebat Di Pakistan

oleh Mohd Arshad
19/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
11 Terkorban Akibat Hujan Lebat Di Pakistan
Share on FacebookShare on Twitter

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 11 terbunuh manakala beberapa lagi cedera selepas tembok jambatan yang sedang dalam pembinaan runtuh akibat hujan lebat di Islamabad, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut seorang pegawai tempatan, kejadian berlaku berhampiran Golra Mor di Jalan Peshawar, menyebabkan beberapa pekerja binaan tertimbus.

“Setakat ini, 11 mayat dijumpai, manakala enam yang cedera dipindahkan ke hospital tempatan di Islamabad,” kata pegawai penyelamat tempatan, Imdadullah, kepada Agensi Anadolu.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), setakat ini 99 termasuk 41 kanak-kanak terbunuh di seluruh negara sejak 25 Jun lalu akibat hujan lebat dan banjir.

Hujan dan banjir turut mengakibatkan kira-kira 175 orang termasuk 59 kanak-kanak dan 48 wanita cedera, manakala 130 rumah rosak.

Hujan monsun sering mencetuskan bencana di Pakistan yang bukan sahaja meragut nyawa manusia, malah turut menyebabkan kemusnahan infrastruktur.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perubahan iklim meningkatkan lagi kekerapan bencana alam.

Tahun lalu, hujan dan banjir yang tidak pernah berlaku sebelum ini membanjiri satu pertiga daripada Pakistan.

Ia mengorbankan lebih 1,700 orang, memusnahkan ratusan ribu rumah, sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan di wilayah Balochistan dan Sindh, serta mengakibatkan kerugian yang besar mencecah lebih AS$30 bilion (RM136.27 bilion).

Bernama-

Tags: hujan lebatPakistanterkorban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd