Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Bakal Pengantin Kerugian RM21,668...

SEPASANG bakal pengantin baru kerugian RM21,668 selepas ditipu satu sindiket yang menggunakan media...

Tolak Chelsea Kerana Ingin...

PENYERANG bertaraf bintang yang diminati Chelsea sejak musim panas lalu memilih untuk menyertai...

AS Berkabung Catat Sejuta...

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkabung memperingati kehilangan sejuta nyawa rakyatnya kepada COVID-19, dengan...

Notis Keputusan Kes Liwat...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan notis kepada pihak pendakwaan dan pembelaan tidak...

103 Nelayan Ditahan Dalam Op MERDOF

KUALA TERENGGANU – Seramai 103 nelayan termasuk 39 warga asing berjaya ditahan menerusi operasi bersepadu Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Malaysia sejak awal tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Hamid Mohd. Amin berkata, operasi sama turut berjaya menyita 525 unit peralatan menangkap ikan.

Beliau, hasil rampasan dalam Op MERDOF itu dianggarkan bernilai lebih RM100,000 termasuk pelbagai jenis peralatan menangkap ikan dan hasil tangkapan.

“Operasi ini dilaksanakan di Selat Melaka, Laut China Selatan serta berdekatan perairan Laut Sulu yang meliputi lima sektor utama kawasan perairan seluruh negara.

“Sepanjang tempoh itu, pihak berkuasa telah melakukan 1,907 pemeriksaan di darat dan laut kerana melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya di sini hari ini.


Hamid berkata, sebanyak 36 buah bot telah ditahan bagaimanapun telah dilepaskan selepas membuat bayaran kompaun.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, operasi itu membantu pihaknya mengawal kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Beliau menjelaskan, antara kesalahan utama dikesan melibatkan komuniti nelayan adalah aktiviti pencerobohan dan perlanggaran syarat lesen.

“Op MERDOF dibuat empat fasa dengan penglibatan komuniti maritim di seluruh negara selain melakukan operasi di tengah laut dan pemeriksaan di jeti,” katanya.

-Kosmo Online

Kategori

Leave a Reply