Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Elak Perjumpaan Besar-Besaran Pada...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan...

Iklim Utara AS Tidak...

WASHINGTON – Iklim sejuk yang makin tidak mesra penduduk di beberapa buah negeri...

KPWKM Lapor Polis, MCMC...

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membuat laporan polis dan...

Nik Abduh Saran Baca...

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya berzikir, beristighfar dan berselawat ketika terperangkap...

Warga Emas Tersesat Jalan Pulang, Pandu Kereta Lawan Arus

SEBERANG PERAI : Polis menahan seorang lelaki warga emas yang memandu kereta secara lawan arus dari Plaza Tol Sungai Dua sehingga ke Kilometer 126.3, Lebuh Raya Utara-Selatan, arah Selatan di sini kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad berkata, tangkapan dilakukan selepas pasukan Peronda Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerima maklumat daripada orang awam kira-kira pukul 7.43 pagi.

Menurutnya, pemandu berusia 80 tahun itu ditahan di lokasi aduan setelah memberhentikan kereta jenis Proton Persona dan kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati, pemandu kereta tersebut dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah hendak ke kedai makan berhampiran dengan tempat tinggal.

“Walau bagaimanapun, pemandu tersebut telah tersesat jalan dan masuk ke Lebuh Raya Utara- Selatan serta tidak menjumpai laluan keluar untuk membuat pusingan U di tol berhampiran.


“Dia kemudian mengambil tindakan untuk memandu secara lawan arus. Pemandu tersebut juga dipercayai menunjukkan petanda lupa ingatan sejak kebelakangan ini yang dimaklumkan oleh pihak keluarga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tindakan saman juga dikeluarkan terhadap pemandu warga emas terbabit berikutan lesen memandunya tamat tempoh.

Semalam, tular video yang memaparkan seorang warga emas memandu kereta secara lawan arus di laluan kanan lebuh raya dalam media sosial termasuk di Facebook.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori