• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Titipan Doa, Kata-Kata Semangat Untuk Keluarga Hawari

oleh AK-47
17/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Titipan Doa, Kata-Kata Semangat Untuk Keluarga Hawari
Share on FacebookShare on Twitter

Tasek Gelugor : Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama terus menitipkan doa dan kata-kata semangat buat keluarga peserta Malaysia Everest 2023(ME2023), Muhammad Hawari Hashim, 33 yang hilang di puncak tertinggi itu hampir sebulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Doa dan kata-kata semangat itu diungkapkan menerusi beberapa platform media sosial selepas membaca perkembangan berita berhubung kehilangan pendaki Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran berkenaan.

Isteri kepada Muhammad Hawari, Saffiyah Tang Xie Lie, 34, turut dilihat berkongsi beberapa siaran berita mengenai operasi mencari dan menyelamat (SAR) suaminya melalui Facebook (FB) miliknya ‘Saffiyah Muslimah’ yang perkongsian itu mendapat perhatian ramai.

Ketika ini, ramai pihak memohon supaya keluarga itu diberikan kesabaran dan berharap pendaki berkenaan dapat ditemui segera dalam apa jua sekali pun.

Semakan di laman sosial FB milik ibu Muhammad Hawari, Che Tom Hassan, 64, mendapati kesemua hantaran yang dimuat naik beberapa hari lalu berkisar saat kebahagiaan bersama anak lelakinya itu.

Che Tom turut meluahkan rasa rindu terhadap anaknya apabila memuat naik sekeping gambar yang diambil bersama Muhammad Hawari, menantu dan dua cucunya.

Semalam, ME2023 dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa operasi SAR Muhammad Hawari akan bersambung tahun depan.

Ketua Misi ME2023, Azim AfifIshak dilaporkan berkata, pihaknya sudah menjalankan operasi SAR bermula 19 Mei sehingga 15 Jun namun belum menemui sebarang petunjuk.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sehari sebelum itu, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest.

-Harian Metro

Tags: Hawari HashimME2023
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi SAR Terakhir Cari Muhammad Hawari Esok

Operasi SAR Terakhir Cari Muhammad Hawari Esok

11/06/2023
0

KATHMANDU : Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) memenuhi permintaan ahli keluarga pendaki ME2023 yang orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad...

Misi SAR Berbaki Dua Hari Lagi, Tiada Jejak Ditemukan

Misi SAR Berbaki Dua Hari Lagi, Tiada Jejak Ditemukan

05/06/2023
0

PUTRAJAYA : Misi mencari dan menyelamat (SAR), Muhammad Hawari Hashim menggunakan dron diperluas sehingga ke Kem Empat iaitu kira-kira 8,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd