• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Beranak Melecur, Kereta Meletup Dan Terbakar

oleh AK-47
13/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tiga Beranak Melecur, Kereta Meletup Dan Terbakar
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tiga beranak melecur selepas kereta yang dinaiki mereka meletup dan terbakar berhampiran sebuah premis di Taman Industri Ringan Sri Mergong, Lorong Perak 22, di sini pada Selasa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Abdul Rahim Che Omar berkata, kesemua mereka berusia antara lima tahun hingga 54 tahun.

Katanya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima panggilan kecemasan kebakaran kenderaan jenis Proton Wira di lokasi kejadian pada jam 12.31 tengah hari.

“PGO kemudian mengarahkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar keluar ke lokasi kejadian dan turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Berjaya.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran itu membabitkan sebuah kereta terbakar pada bahagian dalam yang membabitkan tiga mangsa.

“Difahamkan, pemandu kereta itu melecur 80 peratus dan isterinya melecur 30 peratus manakala anak mereka melecur hampir 95 peratus.

“Tindakan pihak bomba adalah memastikan api dipadamkan sepenuhnya dan hasil maklumat yang diperolehi, kebakaran dipadamkan oleh orang awam serta pemilik kedai menggunakan alat pemadam api,” katanya ketika dihubungi Awani.

Abdul Rahim berkata, ketiga-tiga mangsa terbabit dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, setakat ini penilaian peratusan kebakaran itu masih dalam siasatan.

“Peratusan kebakaran kereta Proton Wira terbabit dianggarkan 60 peratus.

“Operasi tamat pada 1.35 tengah hari dan punca kebakaran itu berlaku dalam siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: kereta
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd