• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rayuan Diterima Dari Pemimpin Dipecat UMNO – Zahid

oleh AK-47
10/06/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tiada Rayuan Diterima Dari Pemimpin Dipecat UMNO – Zahid
Share on FacebookShare on Twitter

PAU 2023 | Tiada rayuan dibuat oleh mana-mana ahli atau pemimpin Umno yang dipecat daripada parti itu sejak Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, jelas Zahid beberapa rayuan telah diterima daripada mereka yang telah digantung keahlian Umno.

“Saya tidak menerima sebarang maklum balas daripada mereka yang dibuang, jadi mereka tidak termasuk dalam apa yang saya katakan,” kata Zahid Bercakap pada sidang media bersama pemimpin tertinggi Umno selepas ucapan penggulungan pada PAU 2023 di Dewan Merdeka, WTC, Kuala Lumpur.

Presiden Umno berkata demikian selepas ditanya jika parti itu terbuka untuk menerima semula ahli parti yang digantung maka kenapa tidak ia diperluaskan kepada mereka yang telah dipecat.

Zahid juga berkata terdapat “banyak” rayuan yang sedang dipertimbangkan tetapi dia tidak dapat mendedahkan angka sebenar.

“Ada rayuan bertulis, dan ada yang lain (secara lisan) dibuat melalui rakan-rakan dalam majlis tertinggi,” katanya menjawab soalan pemberita.

Terdahulu, Zahid menegaskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno terbuka untuk mempertimbangkan sebarang cadangan yang dibuat oleh lembaga disiplin parti berhubung rayuan yang dibuat anggota parti yang digantung keahliannya.

“Hanya MKT boleh membuat keputusan muktamad mengenai sebarang keputusan yang perlu diambil, sama ada mengeluarkan amaran, penggantungan atau pemecatan,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap Zahid menyoal mengenai sejauhmanakah keinsafan ahli-ahli yang sedang digantung Umno itu.

“Kita mahu lihat selepas tindakan itu sama ada mereka benar-benar ‘orang parti’ atau gunting dalam lipatan.

“Kalau benar ‘orang parti’ mereka tidak berkokok di sana sini, kalau sayangkan parti, mereka harus akur,” katanya.

Semalam, ahli politik veteran Tajuddin Abdul Rahman yang sedang menjalani tempoh penggantungan Umno selama enam tahun, membuat penampilan pada PAU 2023.

Bekas ahli parlimen Pasir Salak selama tiga penggal itu memohon Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi segera menarik balik penggantungan terhadapnya bagi membolehkan dia turun berkempen untuk Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Kata Tajuddin, dia telah merayu supaya Umno menarik balik penggantungan sebanyak tiga kali namun sehingga kini belum ada jawaban daripada parti itu.

Pun begitu, pemimpin Umno yang telah dipecat tidak hadir PAU 2023, termasuklah bekas pengerusi Umno Selangor Noh Omar, bekas ahli parlimen Ketereh Annuar Musa dan bekas ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Walaupun, Noh dan Annuar telah membuat penampilan rasmi mereka di pentas PN namun Khairy setakat ini masih tidak menyatakan pendirian sama ada menyertai Bersatu atau menubuhkan parti baru.

-Malaysia Kini

Tags: Ahmad Zahid HamidiPAU 2023RayuanUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Stadium Shah Alam Dirobohkan September Atau Oktober Ini

Next Post

PAU: Tiada Banyak Masa Hadapi PRN, Perlu Kerja Sungguh-Sungguh

Related Posts

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

Rayuan Syed Saddiq Mula Didengar, Esok Sambung Hujahan Pendakwaan

19/03/2025
1

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post
PAU: Tiada Banyak Masa Hadapi PRN, Perlu Kerja Sungguh-Sungguh

PAU: Tiada Banyak Masa Hadapi PRN, Perlu Kerja Sungguh-Sungguh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd