Saturday, June 15, 2024

Creating liberating content

Agensi K’jaan Perlu Rancang...

KUALA LUMPUR - Setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu merancang program transformasi masing-masing...

Hulu Selangor Kini Zon...

HULU Selangor kini dikategori zon merah selepas merekodkan 40 kes positif Covid-19, semalam.Sebelum...

Mufti Perlis Nafi Berkabung,...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

Ka Siong Bawa Telur...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong mencuri...

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

BANGI: Negara perlu membuat persediaan awal melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis supaya masa hadapan Malaysia dapat menjadi lebih baik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, berkata ini kerana pemimpin yang ada sekarang ini tidak akan ada lagi pada masa akan datang.

Oleh itu katanya, jika tiada platform untuk mendidik bakal pemimpin, kesalahan perlu diletakkan sepenuhnya kepada pemimpin ada yang masa kini.

“Sebab itu saya akan usulkan supaya Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dikembalikan dengan lebih sempurna dan kurikulum menjurus kepada pembinaan negara bangsa dan bukan politik kepartian.

“Sebab saya terasa terpanggil kerana pemimpin yang ada sekarang ini akan tiada satu hari nanti. Jadi sekiranya tiada platform untuk mendidik pemimpin masa hadapan, kesalahan mesti diletakkan diatas bahu kami,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog awam (townhall) Ikon Madani sempena Jelajah Ikon Madani Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

Kira-kira 2,000 mahasiswa dari lapan institusi pengajian tinggi (IPT) hadir pada program berkonsepkan bual bicara yang mengfokuskan kepada perkongsian ilmu daripada tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang dalam usaha melahirkan graduan yang mempunyai mentality kelas pertama.

Mengulas lanjut, Johari berkata, beliau mengakui ketika ini taksub untuk menjadikan negara ‘Better Malaysia’.

Namun, katanya, ia akan dapat direalisasikan jika sistem pendidikan negara memberi peluang untuk berbicara mengenai politik serta mempunyai platform untuk melatih bakal pemimpin yang akan memimpin negara pada masa hadapan.


“Bagaimanapun, dengan kedudukan dan kapasiti sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, saya akan bersungguh-sungguh (menyediakan platform) dan ini perlu berlaku.

“Persediaan untuk meninggalkan atau memberikan tampuk pemerintahan kepada anak-anak muda ini mesti berlaku,” katanya.

Selain itu beliau berkata, pihak sekolah juga mulai sekarang sudah boleh mainkan peranan berusaha mendapatkan bakal pemimpin.

Sebagai contoh katanya, terdapat kira-kira 1,300 sekolah menengah di Kedah dan sepatutnya setiap sekolah boleh melahirkan sekurang-kurangnya dua bakal pemimpin.

“Jika satu sekolah ada sehingga 1,000 pelajar, takkan tidak boleh kenal pasti dua orang bakal pemimpin. Maknanya setahun akan ada hampir 1,000 orang bakal pemimpin.

“Mereka ini kita kena garapkan dan beri peluang ke medan yang boleh jadikan mereka pemimpin masa hadapan.

“Kita tiada pilihan sekarang ini dan perlu melatih golongan mudah ini tidak kira lelaki atau perempuan untuk bersedia menjadi pemimpin,” katanya.

Selain itu, Johari berkata, ketika ini juga dengan adanya latihan industri di Parlimen, mereka juga akan dilatih menjadi bakal pemimpin.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori