• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Tambahan RM6.12 Juta Perkasa Institusi Pendidikan Islam Di Kedah

oleh Mohd Arshad
17/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Peruntukan Tambahan RM6.12 Juta Perkasa Institusi Pendidikan Islam Di Kedah
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM6.12 juta khusus untuk membantu institusi pendidikan Islam di negeri ini termasuk sekolah pondok, tahfiz dan masjid.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kata beliau, bantuan tambahan itu adalah sebagai usaha untuk menyuburkan Islam serta meningkatkan lagi mutu pendidikan berteraskan Islam di negeri ini.

“Peruntukan tambahan tersebut meliputi sumbangan sebanyak RM1.985 juta kepada 28 pondok, tahfiz, maahad dan sekolah agama yang berdaftar di negeri ini.

“Selain itu, saya juga bersetuju untuk meluluskan sumbangan berjumlah RM2.94 juta untuk 588 masjid kariah di 12 daerah seluruh Kedah yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele di Kodiang, dekat sini hari ini.

Katanya, sumbangan kepada 588 masjid kariah itu adalah bagi tujuan pengimarahan masjid sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan setiap masjid akan menerima sumbangan sebanyak RM5,000.

“Satu lagi bantuan tambahan adalah untuk kerja-kerja baik pulih SMA Nahdhah Hasanah Melele membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta,” ujarnya.

Menurut Anwar, peruntukan lain buat Kedah seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 sebelum ini adalah melibatkan RM6.4 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pendidikan bagi institusi pendidikan Islam termasuk sekolah Kelas Agama dan Far­dhu Ain (KAFA).

“Kerajaan Perpaduan juga telah luluskan sejumlah RM604,180 kepada 36 institusi pendidikan Islam bagi tujuan kursus dan latihan guru serta bantuan pendidikan seperti meja, kerusi, almari, projektor, papan putih, kabinet buku dan sebagainya,” ujarnya.

-Kosmo Online

Tags: Institusi Pendidikan IslamKedahPeruntukan Tambahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Calon Bersama Dakwa Kor Ming Umum Peruntukan Tambahan RM1 juta Sehari Sebelum Penamaan Calon

Calon Bersama Dakwa Kor Ming Umum Peruntukan Tambahan RM1 juta Sehari Sebelum Penamaan Calon

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon parti Bersama, Lau Yi Leong mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengumumkan peruntukan...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd