Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Diskriminasi Wanita Bertudung...

Washington (Amerika Syarikat) - Kisah seorang wanita Islam yang tidak ditawarkan pekerjaan hanya...

Inflasi Malaysia Meningkat 4.4...

KUALA LUMPUR - Inflasi Malaysia meningkat 4.4 peratus kepada 127.9 pada Julai 2022...

UMNO-BN Bersama PH Atau...

ISNIN lalu 14 Mei 2018, enam hari selepas PRU14, Presiden UMNO yang baharu,...

Tiada Parkir, Nak Tak...

MENJADI kebiasaan kebanyakan kita apabila terpaksa bangun awal pagi dan mengharungi kesesakan lalu...

Pasangan Suami Isteri Direman Seminggu

KANGAR: Pasangan suami isteri ditahan reman seminggu bagi membantu siasatan kes mendera seorang wanita mualaf warga emas sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, di Arau.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perintah reman selama tujuh hari muilai hari ini dikeluarkan oleh Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali selepas suspek yang masing-masing berusia 34 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar sekitar jam 10.25 pagi hari.

Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi mengesahkan penahanan suspek.


Semalam, akhbar melaporkan seorang wanita warga emas, yang menghidap angin ahmar maut selepas dipercayai didera di sebuah rumah di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang, Arau.

Mangsa, Rashidah Chong yang berusia 74 tahun adalah seorang mualaf berasal dari Paka, Terengganu dipercayai maut akibat dipukul.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori