Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Atikah Minta Jangan Tanya...

SEJARAH silam merupakan satu perkara yang perlu dijadikan pengajaran oleh seseorang supaya ia...

Prestasi Kewangan Kelantan Kurang...

KOTA BAHARU - Kedudukan dan prestasi kewangan kerajaan negeri Kelantan pada akhir tahun...

Lelaki Maut Ketika Turun...

SEORANG lelaki berusia 49 tahun, maut terjatuh ketika dalam perjalanan turun dari mendaki...

Terima Padah Gara-Gara Muat...

MODEL Playboy, Dani Mathers yang memuatnaik gambar bogel seorang wanita di dalam bilik mandi...

Korea Selatan Terus Operasi Dapatkan Serpihan Roket Pengintip Korea Utara

SEOUL: Tentera Korea Selatan meneruskan operasinya esok untuk mengesan dan mendapatkan serpihan roket Korea Utara yang terhempas di Laut Kuning awal minggu ini, lapor agensi berita Yonhap.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Melalui mesej teks dihantar kepada pemberita kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan, pihak tentera berkata ia akan menangguhkan operasi berikutan arus deras dan disambung semula Ahad.

“Bergantung kepada kemajuan operasi, kami boleh mendapatkan serpihan roket seawal esok,” katanya.

Korea Utara melancarkan roket pembawa satelit Rabu lalu, namun terhempas ke dalam laut berikutan enjin peringkat kedua tidak beroperasi secara normal, lapor media Korea Utara.

Pasukan penyelam memasang tali pada serpihan roket sepanjang 15 meter, yang tenggelam pada kedalaman 75 meter dari dasar laut.


Chollima-1, dianggarkan sepanjang antara 29 hingga 30 meter dan tiga kapal penyelamat telah dikerah untuk melaksanakan operasi itu.

Serpihan dikesan tentera Korea Selatan pada Rabu dipercayai serpihan roket peringkat kedua dan ketiga pelancar.

Pegawai berkata terdapat kemungkinan untuk menemui satelit peninjau tentera, Malligyong-1, yang dipasang pada roket itu.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori