Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Aidil Akan Bayar RM30,000...

BARANG KALI tidak mahu isu bayaran mutaahnya terus disensasikan, bekas suami Rita Rudaini...

Pemandu, Kelindan Lori Direman...

BATU GAJAH - Seorang pemandu dan kelindan lori direman empat hari bermula hari...

Belum Ada Arahan Sekatan...

KERAJAAN Arab Saudi belum mengeluarkan arahan rasmi untuk menggantung sementara kemasukan jemaah Malaysia...

Kutipan Tol Elektronik Penuh...

KUANTAN – Anih Berhad, pemegang Konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)...

Korea Selatan Guna Pengiraan Umur Baharu Mulai Esok

SEOUL: Korea Selatan akan memansuhkan kaedah pengiraan umur yang sedia ada dan menerima pakai piawaian antarabangsa mulai esok, sekali gus bakal menyaksikan pengurangan umur seseorang sebanyak satu atau dua tahun pada dokumen rasmi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengikut semakan Akta Sivil dan Akta Am Pentadbiran Awam yang dilaksanakan, pelbagai sistem umur akan disatukan di bawah sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, iaitu pengiraan berdasarkan tarikh lahir, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Kementerian Perundangan.

Di Korea Selatan, tiga sistem umur diguna pakai.

Di bawah sistem yang paling biasa dikenali `Korean age’, seseorang berusia satu tahun pada hari mereka dilahirkan dan bertambah setahun umurnya pada hari pertama tahun baru.

Sebagai contoh, bayi yang dilahirkan pada malam tahun baharu berumur dua tahun sebaik sahaja mereka melepasi tengah malam.

Sistem kedua ialah sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, umur seseorang ditentukan mengikut tarikh lahir mereka manakala sistem ketiga menambah satu tahun kepada umur seseorang pada hari pertama tahun baharu.


Piawaian bersepadu itu akan digunakan di semua kawasan kehakiman dan pentadbiran, tetapi bukan untuk tujuan kerahan tentera, pengiraan umur untuk dibenarkan minum alkohol atau merokok atau untuk usia masuk ke sekolah.

Sistem umur bersepadu itu, satu daripada ikrar kempen Presiden Yoon Suk Yeol.

“Sistem pengiraan umur bersepadu itu dapat mengurangkan kos sosial yang dialami selama ini kerana menggunakan pelbagai sistem pengiraan umur,” kata Menteri Perundangan, Lee Wan Kyu di taklimat media pada Isnin.

Lee berkata terdapat potensi timbul aduan awam atau tuntutan undang-undang daripada kekeliruan dalam pengiraan umur, seperti menentukan kelayakan untuk pencen.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori