• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Hina Institusi Raja, PDRM Sudah Lengkapkan Siasatan Dr Mahathir

oleh Mohd Arshad
03/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Isu Hina Institusi Raja, PDRM Sudah Lengkapkan Siasatan Dr Mahathir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melengkapkan kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bersabit kes penghinaan terhadap institusi diraja.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, Selasa ini selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Siasatan berhubung isu Proklamasi Orang Melayu pula masih pada peringkat siasatan bagi rakaman percakapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, siasatan polis terhadap Dr Mahathir berkait isu proklamasi orang Melayu masih di peringkat siasatan.

Beliau berkata, ia akan membabitkan proses rakaman percakapan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy.

Semalam BH melaporkan Dr Mahathir dirakam percakapan oleh PDRM susulan kenyataan beliau mengenai institusi diraja serta proklamasi orang Melayu.

Noorsiah dalam kenyataan, semalam berkata, sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Mahathir pada jam 10.30 pagi semalam.

Katanya, rakaman percakapan ke atas bekas Perdana Menteri itu dilakukan di Yayasan Albukhary, di sini mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, Ketua Penerangan PEJUANG, Rafique Rashid, memaklumkan beliau menemani bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sepanjang proses rakaman percakapan dilakukan di Yayasan Albukhary.

“Dr Mahathir menyatakan beliau sedia dituduh di mahkamah dan menyatakan akan menjawab soalan-soalan di mahkamah,” katanya.

BHonline-

Tags: Institusi DirajaPDRMTun Dr Mahathir Mohamed
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Speaker Dewan Rakyat Syor PLKN Dikembalikan Semula

Next Post

Turkiye Hantar Komando Ke Kosovo

Related Posts

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

’38 Tahun Bersama PDRM, Saya Tak Pernah Terbabit Dalam Mana-mana Parti Politik’ – KPN

23/06/2025
0

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik sepanjang 38...

Next Post
Turkiye Hantar Komando Ke Kosovo

Turkiye Hantar Komando Ke Kosovo

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd