• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Institusi Diraja Dan Proklamasi Melayu: Polis Rakam Keterangan Tun M

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Hina Institusi Diraja Dan Proklamasi Melayu: Polis Rakam Keterangan Tun M
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil keterangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan didakwa menghina institusi diraja dan Proklamasi Melayu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya melalui Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman merakam percakapan Dr. Mahathir pada 10.30 pagi, hari ini.

“Keterangan beliau diambil di Yayasan AlBukhary, Kuala Lumpur.

“Siasatan dijalankan mengenai kenyataannya (Dr. Mahathir) yang berunsur penghinaan terhadap institusi diraja dan Proklamasi Orang Melayu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes masih di peringkat siasatan.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid dilaporkan berkata, Dr. Mahathir disoal siasat polis selain menyatakan sedia dituduh di mahkamah dan akan menjawab soalan-soalan di mahkamah.

Sebelum ini, Mahathir yang juga Pengerusi GTA mendakwa proklamasi yang diilhamkannya itu bertujuan menyatukan orang Melayu melangkaui garis politik.

Ia menarik sokongan daripada beberapa pemimpin parti pembangkang, termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

-Utusan Online

Tags: Institusi DirajapolisProklamasi MelayuRakam KeteranganTun Mahathir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd