Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Perumahan Felda Jangka Mula...

KUALA LUMPUR - Pembinaan kediaman teres setingkat di bawah program Perumahan Generasi Baharu...

Jururawat Dakwa Dirogol Dalam...

MERSING - Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans...

Pemandu Teksi Berhimpun Depan...

PUTRAJAYA - Lebih 1,000 pemandu teksi di bawah Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa,...

Cuba Serang Polis, Lelaki...

PULAU PINANG - Seorang lelaki ditembak mati ketika cuba menyerang seorang anggota polis...

Budak Lelaki 11 Tahun Dicekup Tular Pandu Kereta Bapa

KLANG – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular memandu sebuah kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, di sini, kelmarin mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima satu klip video memaparkan kanak-kanak yang memandu Proton Saga berwarna perak tersebut.

Kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di jalan berkenaan, kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Pandamaran, kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

“Kereta Saga itu bersama kanak-kanak berkenaan dan pemilik kenderaan yang juga bapanya berusia 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Hoong Fong, dua beranak itu dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan 1987 iaitu masing-masing kesalahan memandu di bawah umur dan bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan itu.


“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi,” ujarnya.

Tambah beliau, semakan polis mendapati kanak-kanak itu masih belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, Klang.

“Justeru, masyarakat dinasihatkan sentiasa mengawasi anak mereka supaya tidak melakukan tindakan membahayakan diri sendiri atau harta benda selain tidak menularkan sebarang konten demi menjaga imej dan privasi orang lain,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi lebih seminit memaparkan seorang kanak-kanak memandu kereta dari arah jalan utama dan sempat berhenti menemui beberapa rakannya.

Rata-rata netizen mahu polis mengambil tindakan tegas dan kecewa dengan ibu bapa yang gagal mengawal pergerakan anak mereka.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori