• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki 11 Tahun Dicekup Tular Pandu Kereta Bapa

oleh Mohd Arshad
11/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Budak Lelaki 11 Tahun Dicekup Tular Pandu Kereta Bapa
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Tindakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang tular memandu sebuah kereta milik bapanya di Jalan Banting-Pandamaran, di sini, kelmarin mengundang padah apabila ditahan polis, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) menerima satu klip video memaparkan kanak-kanak yang memandu Proton Saga berwarna perak tersebut.

Kata beliau, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di jalan berkenaan, kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Pandamaran, kira-kira pukul 1.15 pagi tadi.

“Kereta Saga itu bersama kanak-kanak berkenaan dan pemilik kenderaan yang juga bapanya berusia 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Hoong Fong, dua beranak itu dibawa ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bagi tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 (1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan 1987 iaitu masing-masing kesalahan memandu di bawah umur dan bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan itu.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi,” ujarnya.

Tambah beliau, semakan polis mendapati kanak-kanak itu masih belajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Pendamar, Klang.

“Justeru, masyarakat dinasihatkan sentiasa mengawasi anak mereka supaya tidak melakukan tindakan membahayakan diri sendiri atau harta benda selain tidak menularkan sebarang konten demi menjaga imej dan privasi orang lain,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi lebih seminit memaparkan seorang kanak-kanak memandu kereta dari arah jalan utama dan sempat berhenti menemui beberapa rakannya.

Rata-rata netizen mahu polis mengambil tindakan tegas dan kecewa dengan ibu bapa yang gagal mengawal pergerakan anak mereka.

-Kosmo Online

Tags: budak lelakiCekupPandu Kereta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Curi Pakaian Dalam Dicekup, Polis Berjaya Selesai Empat Kes Sejak Mei Lalu

Lelaki Curi Pakaian Dalam Dicekup, Polis Berjaya Selesai Empat Kes Sejak Mei Lalu

17/11/2025
0

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam beberapa kejadian kecurian pakaian dalam di sekitar Mutiara Rini dan...

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

14/11/2023
0

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd