• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agenda Pemerkasaan Bangsa Melayu Tidak Dilupakan

oleh Mohd Arshad
15/06/2023
dalam Utama & Sensasi
0
Agenda Pemerkasaan Bangsa Melayu Tidak Dilupakan
Share on FacebookShare on Twitter

DI kala ini, ramai pemimpin politik ingin menjadi juara orang Melayu.

Antara yang paling beriya adalah pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang cuba muncul selaku terpaling Melayu pada yang lain.

Cuma peliknya mengapa tidak buat apa-apa yang signifikan semasa menjadi kerajaan dahulu?

Kenapa kini beriaya sangat? Oh nak undi dan sokongan yea….Kena la ada modal untuk dijadikan umpan kan.

Hakikatnya ramai yang bercakap sahaja atau lip service semata-mata tanpa melakukan apa-apa yang nyata walaupun ketika berkuasa dan berpeluang berbuat demikian.

Hanya modal air liur basi untuk memperlihatkan diri itu kononnya juara orang Melayu.

Namun berbeza dengan pemimpin UMNO seperti Khaled Nordin.

Beliau tidak banyak berkata-kata atau cuba jadi hero tapi untuk bangsa Melayu, beliau buat macam-macam.

Beliau bertindak bukan cakap kosong.

Macam-macam program diatur untuk memastikan martabat bangsa Melayu dilonjakkan dari segi akademik.

Contohnya siang tadi beliau melancarkan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) 2023 – 2030 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Pelan Tindakan itu merupakan kesinambungan dari Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di IPT 2011 – 2015 dan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 2016 – 2020.

Khaled berkata, pihak Kementerian percaya bahawa IPTA adalah salah satu daripada pentas penting dalam memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu atas beberapa sebab, antaranya:

(i) IPTA mempunyai tanggungjawab untuk bersama-bersama Kerajaan menggalas misi nasional. IPT tidak boleh melihat institusinya terpisah daripada agenda nasional;

(ii) Tindakan golongan bijak pandai adalah suri teladan terbaik kepada masyarakat. Universiti mesti menunjukkan dengan jelas, dan tegas, kepentingan Bahasa Melayu dan potensinya sebagai bahasa ilmu;

(iii) Universiti mempunyai potensi dalam membangun kekuatan Bahasa Melayu. Pengunaan Bahasa Melayu harus merentas disiplin ilmu dan bukan sekadar medium pengantar untuk pembelajaran berkaitan bahasa atau budaya orang Melayu sahaja.

“KPT akan turut memanjangkan inisiatif-inisiatif dalam memartabatkan dan mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ke Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) secara berperingkat-peringkat,” tambah beliau.

Ternyata, tiada ada unsur perkauman dalam tindak-tanduk beliau melainkan membantu memartabatkan imej bangsa dan seni kaum itu agar tidak lenyap.

Beliau tidak lalai dalam tugas hakiki sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Ikuti media sosial beliau dan anda akan lihat begitu banyak perancangan serta tindakan dibuat Khaled Nordin setiap hari bagi meningkat mutu pendidikan peringkat tertinggi untuk semua kaum.

Namun beliau juga tidak lupa untuk membantu orang Melayu terus melangkah ke hadapan.

Beliau buat perkara yang ada nilai tinggi untuk bangsa Melayu dalam jangka masa panjang.

Penulis selalu cakap ada ramai pemimpin UMNO yang bagus dan ini salah seorang daripadanya.

Dalam mereka berkhidmat sebaik mungkin untuk semua rakyat Malaysia, mereka tidak melupakan orang Melayu.

Apa pun, teruskan kecermerlangan anda Datuk Seri.- MYNEWSHUB

Tags: Khaled Nordin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd