Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

KL2017: Jun Hoong Mudah...

KUALA LUMPUR - Penerjun negara, Cheong Jun Hoong menepati status sebagai juara dunia...

Gunung Berapi Etna Di...

ROM - Gunung berapi Etna dilaporkan meletus hari ini dengan mengeluarkan debu selain...

Syed Redzuan Berhasrat Tawan...

KUALA LUMPUR - Allahyarham Syed Redzuan Syed Salim Shatri, pendaki Malaysia yang maut...

Model Pakaian Dalam Dipecat...

Seorang pembantu tenaga pengajar telah dipecat selepas gambarnya yang menjadi model pakaian dalam...

Zionis Serbu Tebing Barat, Tiga Pejuang Palestin Terbunuh

BAITULMUQADDIS : Tiga pejuang Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serbuan di Tebing Barat, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataannya mengenal pasti tiga lelaki yang terbunuh di kem pelarian sebagai Balata di Nablus sebagai Muhammad Abu Zaytoun (32), Fathi Abu Rizk (30) dan Abdullah Abu Hamdan (24).

Tentera Israel bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Briged Syuhada Al-Aqsa, sayap bersenjata parti Fatah pimpinan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, berkata dalam satu kenyataan bahawa ketiga-tiga mangsa adalah antara “pejuang” kumpulan itu.

Tebing Barat diduduki oleh Israel sejak Perang Enam Hari 1967.


Hampir tiga juta rakyat Palestin tinggal di kawasan itu, bersama kira-kira 490,000 warga Israel di penempatan yang dianggap sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Insiden terbaru berlaku lebih seminggu selepas gencatan senjata Gaza berikutan konflik rentas sempadan lima hari antara Israel dan kumpulan Jihad Islam.

Sejak awal tahun ini, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin, 20 warga Israel dan masing-masing warga Ukraine dan Itali terbunuh dalam keganasan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin.

Mangsa terkorban di pihak Palestin membabitkan pejuang dan orang awam dan di pihak Israel, tiga anggota minoriti Arab serta orang awam.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori